Thursday 6 March 2014

Contoh-Contoh Ajaran Sesat - Bahagian Akidah Semester 3

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

QADIANI
  • Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
  • Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
  • Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
  • Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
  • Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
  1. beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
  2. beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
  3. beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
  4. menghapuskan jihad;
  5. mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
  6. mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
  7. mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
  8. mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
  9. menghukum kafir selain penganut Qadiani.