ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
- Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam pemerintahannya.
- Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.
- Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.
- Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
- Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.
- Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
- Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha.
- Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku hakim dengan memberi gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).
- Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
- Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
- Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai permulaan pengiraan tahun menurut Islam.
- Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
- Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
- Membina markas tentera di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
- Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
- Menggalakkan rakyat meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar untuk pertanian.
- Memperkenalkan pelbagai jenis cukai, seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi, kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.
- Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.
- Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki dengan memperkenalkan tanah bertuan dan tidak bertuan.
- Membina markas tentera di bandar-bandar utama untuk tujuan keselamatan.