ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
- Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?
- Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
- Dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
- Empat pemimpin Khulafa al-Rasyidin?
- Saidina Abu Bakar al-Siddiq, keturunan Bani Tamin.
- Saidina Umar bin al-Khattab, keturunan BaniAdi.
- Saidina Uthman binAffan,keturunan Bani Umaiyah
- Saidina Ali binAbu Talib, keturunan Bani Hashim
- Syarat-syarat untuk dilantik sebagai Khalifah.
- Lelaki yang merdeka, beragama Islam dan memiliki pengetahuan agama.
- Mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan perintah Allah, warak dan memiliki akhlak yang baik.
- Mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir, adil dan pandai mentadbir kerajaan.
- Kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khulafa al-Rasyidin?
- Melalui musyawarah atau syura, semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama.
- Melalui cadangan satu nama sahaja semasa pelantikan Saidina Umar yang telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
- Melalui pemilihan semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan daripada sejumlah enam nama yang diusulkan.
- Melalui pencalonan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib oleh sekelompok majoriti masyarakat.
- Apakah yang dimaksudkan baiah?
- Perakuan sumpah taat setia oleh seseorang yang dilantik sebagai khalifah.
- Tugas seorang Khalifah dalam memerintah negara?
- Memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah.
- Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
- Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
- Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
- Bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara.
- Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
- Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
- Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.
- Memantapkan sistem perundangan Islam.
- Bertanggungjawab menguruskan hat ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan baitulmal.
- Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.