Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa
Wanita
Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi
Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah
menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang
digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan
yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung
dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak
panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka
menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah
punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah
perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun
dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh
solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak
mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya
terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri
manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias
untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri
sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti
kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan
yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan
beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar
melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan
memfitnah orang lain.