SIFAT MAHMUDAH DAN
SIFAT MAZMUMAH
Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka
menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka
makan rasuah.
Tingkah laku yang mulia
ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai,
merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina
seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan
lain-lain.
Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan
Mazmumah.
Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
“Tidakkah dalam jasad
manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan
apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”
Punca Penyakit dan
Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat
hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang
berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.
Segala jenis maksiat yang
berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan
terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).
Di antara penyakit itu
ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.