Saturday, 24 October 2015

Tazkirah - Amalan Berzikir Pelindung Ketika Perjalanan


Amalan Berzikir Pelindung Ketika Perjalanan

BERZIKIR (mengingati Allah) dan membaca ayat suci al-Quran mempunyai banyak berkat dan fadilat. Ia juga antara usaha paling mujarab bagi melindungi diri daripada sebarang bahaya dan kejahatan sama ada manusia, jin atau syaitan ketika dalam perjalanan.

Kita perlu memohon perlindungan Allah. Antara amalan Rasulullah SAW dalam perkara ini adalah dengan membaca:

Surah al-Fatihah.

Surah al-Ikhlas (tiga kali)

Surah al-Falaq (tiga kali)

Surah al-Naas (tiga kali)

Surah Ghafir ayat 1 hingga 3

Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98

Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:

Surah al-Fatihah

Ayat al-Kursi

Surah al-Quraisy

Doa ketika keluar rumah:

Maksudnya: “Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan (daya upaya dan kekuatan) Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan, atau daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada zalim atau dizalimi atau daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.”

Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya:

”Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali.” (Surah al-Zukhruf, ayat 13-14)

Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah menganjurkan kita supaya membaca:

Doa ketika hujan yang maksudnya: “Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang menyenangkan.”

Doa ketika mendengar guruh dan petir, maksudnya: “Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan ampunkanlah kami sebelum itu.”

Doa ketika angin bertiup kencang, maksudnya: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan (angin ini) dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya, aku memohon perlindungan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang engkau utuskan bersertanya.”

Mudah-mudahan dengan membaca ayat, doa dan mengamalkan zikir mendapat berkat dan terhindar daripada sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.

Dalam kehidupan yang semakin sibuk serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan persendirian oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk mengelak kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan, sama ada dekat atau jauh.

Zikir adalah santapan hati yang wajar dijadikan amalan oleh setiap orang Islam.

Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan itu bertujuan mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh menenangkan diri serta reda akan apa yang berlaku selepas usaha sesuai diambil.

Sunday, 17 May 2015

Tazkirah - Fadhilat Ayat Kursi

Fadhilat Ayat Kursi

Surah :Al-baqarah: ayat 255. yang bermaksud,

"Allah tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak pula tidur. KepunyaaNya segala apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak menegtahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendakkiNya. Kursi (kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi dan llah tidak merasa berat memlihara keduanya dan Allah maha Tinggi lagi maha agung".
- (Bukhar Muslim)

Rasulullah saw, bersabda,
  1. "Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam al-Quran adalah ayat Kursi; Barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis dari kebaikan-kebaikannaya dan menghapus dari keburukan-keburukanNya dari ketika itu sampai esok hari".
  2. Juga beliau bersabda: " Barangsiapa keluar dari rumahnya dan dibacanya ayat kursi maka Allah Ta'ala mengirim 70,000 malaikat yang meminta keampunan serta mendoakannya".
  3. Dan beliau bersabda, " Barangsiapa pulang ke rumahnya dan dibacakan ayat kursi,maka Allah tanggalkan sifat fakir dari di antara kedua matanya."
  4. "Barangsiapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur, maka mia dijaga oleh dua malaikat hingga pagi hari".
  5. "Barang siapa membaca Ayat Kursi dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka Allah memasukkan empat puluh nur ke dalam setiap kubur dari dunia timur sampai ke dunia barat dan Dia luaaskan kubur itu serta didapatkannya pahala 60 nabi."

Friday, 15 May 2015

Selamat HariGuru 2015

SELAMAT HARI GURU 2015



Sunday, 18 January 2015

Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 14

Kompetasi 1

STANDARD PEMBELAJARAN
Ulangkaji

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Penerangan
2.     Perbincangan
3.     Inkuiri
4.     Sumbangsaran

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Kuiz
2.     Ujian ringkas

BAHAN/ SUMBER
1.     Buku teks  Pendidikan Islam Tingkatan 5
2.     Buku teks tasawwur Islam  tingkatan 4
3.     Internet


Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 13

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 13

Kompetasi 1

STANDARD PEMBELAJARAN
Ulangkaji

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Penerangan
2.     Perbincangan
3.     Inkuiri
4.     Sumbangsaran

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Kuiz
2.     Ujian ringkas
3.     Teka silangkata

BAHAN/ SUMBER
1.     Buku teks  Pendidikan Islam Tingkatan 5

2.     LCD

Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 12

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 12

Kompetasi 1

STANDARD KANDUNGAN
Penyelesaian Masalah

STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami Kelebihan Menyelesaikan Masalah Menurut Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam
2.     Menyatakan ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam
3.     Membezakan penyelesaian masalah secara Islam dan bukan Islam

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Kuiz Spontan

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4


Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 11

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 11

Kompetasi 1

STANDARD KANDUNGAN
Penyelesaian Masalah

STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami Isu  Kemiskinan  Serta Penyelesaian Menurut Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menghuraikan sebab-sebab kemiskinan
2.     Menerangkan langkah-langkah menangani masalah kemiskinan
3.     Menghuraikan pengertian masalah gejala sosial dan contoh-contoh
4.     Punca-punca  gejala sosial
5.     Langkah-langkah mengatasi gejala sosial
6.     Menerangkan keburukan pendedahan aurat dan kebaikan menutup aurat
7.     Menerangkan sebab-sebab rasuah dan keburukan rasuah

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Folio

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4


Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 10

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 10

Kompetasi 1

STANDARD KANDUNGAN
Penyelesaian Masalah

STANDARD PEMBELAJARAN
Asas dan Pertimbangan Penyelesaian Masalah Menurut Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan pengertian dan dalil penyelesaian masalah
2.     Menyatakan matlamat penyelesaian masalah
3.     Menerangkan keperluan penyelesaian masalah
4.     Menerangkan sumber penyelesaian masalah
5.     Meyakini kemampuan Islam menyelesaikan masalah

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Latihan berkala

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4

Kompetasi 2

STANDARD KANDUNGAN
Penyelesaian Masalah

STANDARD PEMBELAJARAN
Cara  Penyelesaian Masalah

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah
2.     Menerangkan perlakuan dalam penyelesaian masalah
3.     Menerangkan amalan dalam penyelsaian masalah

KAEDAH PENTAKSIRAN
Latihan Bertulis

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4


Saturday, 17 January 2015

Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 9

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 9


PENTAKSIRAN PBS
SEMESTER 6


Rancangan Sesi Latihan Semester 6 - Minggu 8

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 6
MINGGU 8

Kompetasi 1

STANDARD KANDUNGAN
Falsafah Ibadah Dalam Islam

STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami Konsep Munakahat

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan pengertian  perkahwinan dan falsafah munakahat
2.     Mengetahui dalil tuntutan berkahwin
3.     Menerangkan konsep kekeluargaan dalam Islam
4.     Menerangkan tanggungjawab setiap ahli keluarga
5.     Menjelaskan kepentingan perkahwinan kepada individu dan masyarakat

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Kuiz Spontan
2.     Latihan

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4

STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami Konsep Munakahat

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menerangkan keistimewaan institusi kekeluargaan
2.     Menerangkan punca keutuhan perkahwinan
3.     Menerangkan punca kerunytuhan rumahtangga
4.     Menjelaskan cara-cara mengekalkan keharmonian rumahtangga

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Penerangan
2.     Soal jawab
3.     Perbincangan

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4


Kompetasi 2

STANDARD KANDUNGAN
Falsafah Ibadah Dalam Islam

STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami Konsep Jinayah

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan pengertian jinayah menurut Islam
2.     Mengetahui dalil-dalil berkaitan jinayah
3.     Mengetahui jenis-jenis hukum jinayah menurut Islam
4.     Menerangkan pengertian dan kepentingan qisas, hudud, takzir, dan   diat
5.     Membandingkan hukum jinayah mengikut Islam dengan bukan Islam

KAEDAH PENTAKSIRAN
1.     Kuiz Spontan
2.     Latihan

BAHAN/ SUMBER
1.     Tayangan LCD ayat
2.     Internet
3.     Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
4.     Buku teks tasawwur Islam Tingkatan 4
5.     Buku aktiviti tasawwur Islam Tingkatan 4