Tuesday 21 January 2014

Kerajaan Bani Umaiyah - Sumbangan Dalam Bidang Pentadbiran dan Perundangan - Bahagian Tamadun Semester 2

Kerajaan Bani Umaiyah

Pengasas kerajaan Bani Umaiyah?
Muawiyah bin Abu Sufyan


Sistem perlantikan yang diamalkan dalam pemilihan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah?
Melalui sistem warisan secara turun temurun.

Gelaran pemerintah kerajaan Bani Umaiyah.

  1. Tahap pertama menggunakan gelaran khalifah
  2. Tahap kedua menggunakan gelaran amir.
Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dan kedua?
  1. Tahap pertama di Damsyik, Syria.
  2. Tahap kedua di Cordova, Sepanyol.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan perundangan.
  1. Sistem perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Sistem wazarah, pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pantadbiran negara di bahagian kerajaan pusat.
  3. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
  4. Sistem urus setia membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman serta pegawai pengurusan. Sistem hijabah seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
  5. Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran.
  6. Sistem ketenteraan telah diperkemaskan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) iaitu angkatan tentera darat dan tentera laut.
  7. Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak dalam sistem perundangan.
  8. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah.
  9. Seseorang hakim mestilah adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang diadili.