Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial.
- Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
- Melahirkan ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.
- Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.
- Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan al-Quran.
- Melahirkan tokoh ilmu agama semasa era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).
- Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik untuk meningkatkan taraf kesihatan.
- Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta.
- Ibn at-Nafis membetulkan kesilapan Galen berhubung sistem pengedaran darah.
- Beliau menghasilkan buku kajian umum profesion kedoktoran.
- Beliau adalah seorang pakar bedah yang menghasilkan buku tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.
- Perkembangan ilmu dalam bidang kimia.
- Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi.
- Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.