Friday, 22 August 2014

Surah al-An’am ayat 161-165 - Bahagian Al-Quran Semester 1

Surah al-An’am ayat 161-165

1. Matlamat Hidup Mukmin

a. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:
  • Berdoa supaya ditetapkan iman
  • Melakukan ibadah dengan taat
  • Menjauhi perkara yang merosakkan iman
  • Meninggalkan larangan Allah

b.  Matlamat hidup mukmin :
  • Menyembah Allah yang Esa
  • Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha
  • Melaksanakan tanggung jawab dengan berlandaskan keimanan kepada Allah
  • Sentiasa mengingati Allah dan menyakini bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang dilakukan.
  • Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

2. Islam Agama Yang Lurus

a.  Buktinya:
  • Syariat Islam dapat memandu manusia pada jalan kebenaran
  • Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
  • Semua nabi dan rasul membawa ajaran yang sama iaitu Islam
  • Islam agama universal yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa
  • Islam mengajar umatnya supaya berkasih sayang

3. Tugas dan Tanggung Jawab Manusia

a. Bidang tanggung jawab manusia :


Bidang

Keterangan
Al-Ibadah
 Mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus
Al-Khilafah
 Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah
Al-Imarah
Membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman.


b. Tugas dan tanggung jawab manusia :
  • Beribadah kepada Allah
  • Menyeru manusia melakukan kebaikan
  • Memelihara dan memakmurkan alam ini
  • Melaksanakan syariat Allah

c. Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah:
  • Menunjukkan tanda kesyukuran manusia kepada Allah
  • Untuk menunjukkan kepatuhan dan ketaatan sebagai hamba
  • Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. Manusia Bertanggung Jawab Atas Perbuatannya.

a. Bukti manusia perlu bertanggung jawab:
  • Semua manusia mempunyai tanggung jawab yang sama iaitu melakukan perintah Allah dan menjauhi kemaksiatan.
  • Semua manusia dianugerahkan akal fikiran untuk memilih yang terbaik
  • Semua manusia dipimpin oleh al-Qur’an/wahyu, jadi terserahlah sama ada untuk menggunakannya atau tidak.

 b. Sebab manusia perlu bertanggung jawab atas perbuatan mereka :
  • Telah diutuskan kepada mereka rasul-rasul untuk membimbing ke jalan kebenaran.
  • Manusia diberikan akal fikiran untuk membezakan perbuatan baik atau jahat.
  • Untuk membuktikan keadilan Allah swt.

5. Implikasi Mengingkari Perintah Allah SWT
  • Mendapat kemurkaan Allah / azab
  • Berlaku perpecahan dalam masyarakat
  • Alam ini akan binasa.
  • Umat Islam tidak akan maju
  • Umat islam sentiasa ditindas


6. Pengajaran Ayat
  • Islam sahaja agama yang benar dan diredhai Allah
  • Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
  • Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
  • Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambaNya.
  • Allah bersifat Maha Adil kepada semua hamba dan makhlukNya.