6. Hubbul jah
(kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan kemegahan,
kebesaran dan pangkat.
Perasaan inginkan kemegahan
dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana
Allah.
Akibat daripada sifat
tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan
seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya
(kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan
dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak
membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang
diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara
perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan
tidak menjadi kebajikan di akhirat.
Oleh yang demikian,
kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga
membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada
Allah. Namun begitu, menjadikan dunia
sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau
berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur itu
memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain
serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah
membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada
keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga
diri)
Iaitu merasai atau
menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat ‘ujub
adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang
yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau
sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan
sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah
perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap
sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’
(menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan dan
menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang
dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan
menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya
kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
No comments:
New comments are not allowed.