Tuesday, 19 August 2014

Konsep Pahala Dan Dosa - Bahagian Akidah Semester 2

Konsep Pahala Dan Dosa


5 hukum telah digariskan sebagai panduan:
  1. Wajib
  2. Haram
  3. Sunat
  4. Makruh
  5. Harus (Mubah)

Konsep Pahala

Ganjaran baik yang diberikan oleh Allah s.w.t di hari kelak kepada mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t  serta melakukan amalan-amalan yang soleh dan baik.

Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala:
  1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
  2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah menuanaikan ibadat yang fardu
  3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan
  4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
  5. Melakukan amar makruf nahi munkar

Konsep dosa
  • Balasan buruk yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-nya yang tidak patuh (ingkar) pada perintah Allah dan melanggar segala larangan-nya
  • Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilan-nya dan sebagai peringatan terhadap hamba-nya di mana setiap perlakuan dosa itu akan dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang telah dijanjikan
Jenis-jenis dosa manusia
  1. Meninggalkan apa yang disuruh dan melakukan apa yang dilarang
  2. Dosa anggota dan hati
  3. Dosa dalam bentuk maksiat dan bid’ah
  4. Dosa yang tersebar kesannya dalam skop tempat
  5. Dosa yang tersebar dalam skop masa
  6. Dosa yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia
Kategori dosa

Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap tuhannya
  • Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana meninggalkan hak-hak pencipta-nya yang meliputi segala suruhan dan larangan-nya.
  • Dosa ini agak mudah dan lebih senang mendapat keampunan sekiranya memenuhi kesempurnaan bertaubat.
Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk
  • Ianya berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menunaikan atau melanggar hak-hak orang lain.
  • Dosa ini lebih sukar dan berat untuk mendapat keampunan.
Antara sifat buruk manusia yang mendorong melakukan dosa
  1. Sifat ketuhanan dalam jiwa seperti riyak, suka dipuji dll
  2. Sifat syaitaniyyah dalam jiwa sehingga menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad dengki, suka menganiaya dll
  3. Sifat kebinatangan dalam jiwa yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal seperti sifat suka mementingkan diri, tamak dll