Thursday, 21 August 2014

Tuntutan Bertaubat - Bahagian Akidah Semester 2

Tuntutan Bertaubat

Pengertian Taubat
Kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

Hukum Taubat
Wajib bagi orang yang telah melakukan dosa
Sunat bagi orang yang tiada dosa

Masa Seseorang Diwajibkan Bertaubat

Setelah melakukan dosa atau kesalahan

Syarat-Syarat Taubat
  1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  2. Berhenti melakukan maksiat
  3. Berazam tidak akan mengulangi
  4. Memohon maaf dari Allah
  5. Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain


Syarat Taubat Diperlukan Kerana;
  1. Supaya Allah menerima taubat yang dilakukan
  2. Supaya dosa seseorang itu benar-benar terhapus
  3. Supaya taubat dilakukan dengan ikhlas
  4. Supaya taubat tidak dipermainkan
  5. Supaya dosa yang dilakukan tidak diulangi lagi

Cara Bertaubat
  1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  2. Berhenti melakukan maksiat
  3. Berazam tidak akan mengulanginya
  4. Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain
  5. Solat sunat taubat
  6. Beristighfar

Hikmat Taubat
  1. Memberi peluang Orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
  2. Member ketenangan hati
  3. Mendapat keampunan Allah
  4. Mendekatkan diri kepada Allah
  5. Meningkatkan keimanan
  6. Mendapat balasan syurga Allah
  7. Mengembalikan silaturrahim

Implikasi Tidak Bertaubat
  1. Dosa akan terus bertambah
  2. Dimurkai Allah
  3. Dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak
  4. Terus dibenci oleh masyarakat sekeliling
  5. Hidup tidap tenangamalan tidak akan diterima oleh Allah

Sebab Diwajibkan Menyegerakan taubat
  1. Mati boleh dating pada bila-bila masa
  2. Tuabat tidak diterima apabila hampir mati
  3. Tidak menjadi sebati dengan dosa