Tuesday 1 October 2013

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Istiqamah



Semester 4 - AKHLAK
Sifat Istiqamah

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat istiqamah

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan    sifat isiqamah.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud isiqamah.

2.     Menjelaskan ciri-ciri istiqamah

3.     Menerangkan akibat tidak istiqamah

4.     Sentiasa istiqamah dalam kehidupan

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud istiqamah

Maksud istiqamah ialah tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam dan beramal saleh

Firman Allah Taala:

 
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah.Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) berdukacita.  Mereka Itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.”

(Surah Al Ahqaf:13—14)

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan ciri-ciri istiqamah

1.     Konsisten dalam memegang teguh akidah tauhid

2.     Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan atau larangan

3.     Konsisten dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak istiqamah

1.     Mudah berputus asa

2.     Tidak mencapai matlamat yang disasarkan

3.     Berleluasanya perkara-perkara mungkar

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa istiqamah dalam kehidupan

1.     Melakukan kerja  secara ikhlas kerana Allah

2.     Tidak berputus asa apabila menerima ujian daripada Allah SWT

3.     Mengamalkan konsep wasatiah dalam kehidupan

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru tentang  maksud dan ciri-ciri istiqamah

2.     Sumbangsaran tentang akibat tidak beristiqamah dalam kehidupan

3.     Perbincangan tentang cara berisiqamah dalam menuntut ilmu