Tuesday 15 October 2013

Bahagian Al-Quran Semester 3 - Surah al-Nahl ayat 125


Semester 3 – AL-QURAN (KEFAHAMAN)
Surah al-Nahl ayat 125
STANDARD KANDUNGAN :
Bacaan Dan Kefahaman Ayat Al Quran (Surah An-Nahl Ayat 125) 

STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 125 surah an-Nahl

KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Membaca ayat 125 surah an-Nahl dengan betul dan bertajwid.
2.     Menyatakan intisari ayat 125 surah an-Nahl
3.     Menjelaskan tiga pendekatan dakwah
a)     Berhikmah
b)    Peringatan yang baik
c)     Berdebat dengan cara yang baik
4.     Menegur dengan baik sekiranya rakan kita melakukan kesilapan.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca ayat 125 surah an-Nahl dengan betul dan bertajwid.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan intisari ayat 125 surah an-Nahl

Ayat ini menjelaskan perkara yang berkaitan dengan pendekatan dan cara menyebarkan dakwah Islamiyah.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan tiga pendekatan dakwah
a)     Berhikmah
b)    Peringatan yang baik
c)     Berdebat dengan cara yang baik

a)     Berhikmah
         1.     Berdasarkan peringkat umur / tahap pemikiran mad’u
         2.     Meraikan tempat dan situasi
         3.     Disampaikan secara bijaksana, menarik dan berlapang dada

b)    Peringatan yang baik
         1.     Peringatan tentang pembalasan Allah ( dosa/pahala )
         2.     Pesanan dan nasihat yang baik ( tabsyir )
         3.     Amaran dan ancaman buruk ( tanzir )

c)     Berdebat dengan cara yang baik
         1.     Berbahas secara berilmu dan matang dengan menyertakan nas / hujah yang kuat
              dan bernas
        2.     Tidak menghina / mencerca / menyinggung perasaan / mengelakkan isu sensitif

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menegur dengan baik sekiranya rakan kita melakukan kesilapan.

1.   Kita wajib menegur kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh rakan dan kenalan kita.
2.     Semua umat Islam wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
3.     Kita hendaklah berdakwah dengan mencontohi Sunnah Rasulullah.

CADANGAN AKTIVITI :
1.     Membaca ayat 125 surah an-Nahl secara talaqqi musyafahah
2.    Kaedah perbincangan ilmiah untuk mendapatkan intisari ayat kefahaman 125 surah an-Nahl
3.     Memperdengarkan bacaan dari qari-qari yang masyhur melalui CD
4.     Murid mentasmi’kan bacaan bersama rakan.