Thursday 10 October 2013

Bahagian Al-Quran Semester 2 - Surah Ali-Imran Ayat 190-190



Semester 2AL-QURAN (BACAAN)


Surah Ali-Imran Ayat 190-190

STANDARD KANDUNGAN :
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 189 - 191 surah Ali Imran

STANDARD PEMBELAJARAN:
Bacaan Dan Kefahaman Ayat Al Quran (Surah Ali-Imran Ayat 189-191) 


KRITERIA PENCAPAIAN :

1.     Membaca ayat 190 dan 191 surah ali Imran dengan betul dan bertajwid.

2.     Menyatakan intisari ayat 190 dan 191 surah Ali Imran

3.     Menjelaskan kekuasaan Allah berdasarkan kejadian siang dan malam melalui contoh

4.     Menyebut zikrullah berikut dengan betul dan menyatakan  situasi yang sesuai untuk melafazkannya

KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca ayat 190 dan 191 surah ali Imran dengan betul dan bertajwid.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan intisari ayat 190 dan 191 surah Ali Imran

Intisari ayat :

1. Ayat 190 menjelaskan perkara yang berkaitan dengan tanda keesaan dan kekuasaan Allah.

a)     Mencipta langit dan bumi

b)    Menjadikan siang dan malam

2.  Manakala ayat 191 pula menjelaskan tentang sifat-sifat ulul albab:

a)     Sentiasa mengingati Allah samada berdiri, duduk dan berbaring

b)    Berfikir tentang kejadian langit dan bumi

c)     Meyakini kebijaksanaan Allah

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan kekuasaan Allah berdasarkan kejadian siang dan malam melalui contoh berikut:

1.     Matahari dan penghasilan tenaga solar

2.     Berlaku peredaran musim

Hikmat kejadian matahari:

1.     Sumber tenaga

2.     Kepentingan matahari dalam kehidupan

Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.

Ia terbahagi kepada empat :

1.     Musim bunga

2.     Musim sejuk

3.     Musim panas

4.     Musim luruh

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyebut zikrullah berikut dengan betul dan menyatakan  situasi yang sesuai untuk melafazkannya:

1.     Tasbih ketika melihat kebesaran Allah.

2.     Tahmid ketika mendapat nikmat.

3.     Istighfar ketika meminta ampun daripada Allah.

4.     Istirja` ketika ditimpa musibah.

a)     Subhanallah

b)    Alhamdulillah

c)     Astaghfirullah

d)    Innalillahiwainnailaihiraji’un

CADANGAN AKTIVITI :

1.     Membaca ayat 189-191 Surah Ali Imran secara talaqqi musyafahah

2.     Kaedah perbincangan ilmiah untuk mendapatkan intisari ayat kefahaman surah Ali Imran ayat 190-191.

3.     Memperdengarkan bacaan dari qari-qari yang masyhur melalui CD

4.     Murid mentasmi’kan bacaan bersama rakan

CADANGAN PENTAKSIRAN :

1.     Senaraikan dua intisari ayat di atas.

2.     Jelaskan dua kepentingan matahari dalam kehidupan anda.

3.     Isikan tempat kosong berpandukan gambarajah berikut:



4.     Lafazkan zikir yang sesuai bagi situasi berikut:

a)     Ketika melihat kebesaran Allah

b)    Ketika mendapat nikmat