Wednesday 2 October 2013

Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Kerajaan Bani Umayyah



Semester 2Tamadun  Islam
Kerajaan Bani Umayyah

STANDARD KANDUNGAN
Kerajaan Bani Umayyah ; Iktibar daripada kegemilangan dan kejatuhan.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan sejarah kerajaan Bani Umayyah

KRITERIA PENCAPAIAN

1.      Menyatakan latar belakang kerajaan Bani Umayyah

2.      Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah

3.      Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah

4.      Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

5.      Menyatakan iktibar kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan latar belakang kerajaan Bani Umayyah

1.     Nama Umayyah diambil sempena nama moyang khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah iaitu Muawiyah bi Abi Sufian bin Harb bin Umayyah

2.     Muawiyah dilantik sebagai gabenor Syam (Syria) sejak zaman Khalifah Umar tetapi dipecat oleh Khalifah Ali. Tindakan Ali memecat Muawiyah menyebabkan beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku peperangan Siffin dan Majlis Tahkim. Kemunculan golongan Khawarij yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim telah menyebabkan mereka bertindak membunuh Khalifah Ali.

3.     Umat Islam berpecah selepas kemangkatan Ali pada tahun ke 14 Hijrah.Penduduk Kufah dan golongan Syiah pula telah melantik Hasan bin Ali menjadi khalifah,namun beliau telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan beberapa syarat berikut :
 
a)     Muawiyah mestilah memerintah memerintah berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah

b)     Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi Muhammad SAW

c)      Pemilihan jaatan khalifah selepasnya dibuat secara syura
 
4.      Kerajaan Umayyah mempunyai beberapa peringkat pemerintahan :

a)     Zaman Kelahiran (40-60 Hijrah/660-680 Masihi) – bermula dengan pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian dan berakhir dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid (64 Hijrah/684 Masihi) yang berpusat di Damsyik.

b)     Zaman Kemajuan bermula dengan Abdul Malik bin Marwan (65-86 Hijrah) hingga kepada zaman kejatuhan iaitu semasa pemerintahan Marwan bin Muhammad (127-132 Hijrah/744-749 Masihi) yang berpusat di Damsyik.

c)     Diasaskan oleh Abdul Rahman Al Dakhil (137 Hijrah) dan berakhir dengan pemerintahan Hisyam (399 Hijrah) yang berpusat di Cordova Andalus (Sepanyol)

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah

1.      Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah

2.      Penguasaan ilmu pengetahuan

3.      Kestabilan ekonomi dalam Negara

4.      Kekuatan tentera

5.      Wujudnya hubungan baik antara kerajaan dengan rakyat

6.      Semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah

1.     Kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai bidang ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

2.     Menanam semangat juang yang tinggi

3.     Bersatu padu mewujudkan keamanan Negara

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

1.     Pengabaian terhadap ajaran Islam oleh beberapa orang khalifah

2.     Kemewahan hidup para pemimpin menyebabkan mereka lalai menjalankan tugas

3.     Wujud semangat kabilah dan pilih kasih

4.     Pemilihan khalifah tidak secara demokrasi

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan iktibar kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

1.     Pemeintah hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam

2.     Rakyat hendaklah bersatu padu mewujudkan keamanan

3.     Pemerintah hendaklah prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat

CADANGAN AKTIVITI

1.     Kajian perpustakaan

2.     Perbincangan dalam kumpulan

3.     Kerja kursus berkenaan Iktibar daripada kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Umayyah

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Menceritakan latar belakang kerajaan Bani Umayyah

2.     Menjelaskan faktor kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

3.     Menjelaskan iktibar daripada kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Bani  Umayyah

4.     Mengadakan Teka teki / kuiz