Tuesday 8 October 2013

Bahagian Hafazan Semester 4 - Surah al-Alaq



Semester 4 – Hafazan Ayat Al-Quran
Surah al-Alaq

STANDARD KANDUNGAN :
Hafazan Ayat Al Quran Membaca Dan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dan Mengamalkannya Dalam Solat Serta Amalan Harian. 

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghafaz dan mengamalkan surah berikut:

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menghafaz surah al-‘Alaq  dengan betul , bertajwid dan lancar.


CADANGAN AKTIVITI

Amali

1.     Guru memperdengarkan bacaan kesemua surah di atas daripada video qari yang mahsyur

2.     Menghafaz potongan ayat dalam kumpulan melalui kaedah talaqqi,musyafahah dan tikrar.

3.     Guru mentasmi’ kesemua ayat hafazan di atas secara individu.

4.     Melazimi bacaan surah di atas dalam solat fardhu dan solat sunat.

CADANGAN PENTAKSIRAN

Ujian hafazan dan tasmik

Skala penilaian :

Bil.
Aspek
Gred
Kriteria
1.0
Menghafaz ayat-ayat Quran :
·      Tajwid
·       Fasahah
·       Lancar
Cemerlang
(8-10)
Memenuhi kesemua kriteria berikut :
1.    Menghafaz ayat al-Quran dengan betul.
2.    Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
3.    Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar.
Kepujian
(4-7)
Memenuhi kriteria 1 dan 2
Memuaskan
(1-3)
Memenuhi  kriteria 1 sahaja