Wednesday 2 October 2013

Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Ibnu Sina



Semester 2Tamadun  Islam
Ibnu Sina

STANDARD KANDUNGAN
Ibnu Sina.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan sejarah ketokohan Ibnu Sina

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.

2.     Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina

3.     Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.

4.     Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.

5.     Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.

6.     Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi
 
MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.

1.     Nama sebenar al Husain bin Abdillah bin Al Hasan bin Ali bin Sina

2.     Berketurunan Turki

3.    Lahir pada 370 Hijrah/980 Masihi di Afshanah Bukhara,Turkistan.

4.     Meninggal dunia pada tahun 428H / 1037 M di Hamazan Iran

KRITERIA PENCAPAIAN

Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina

1.     Tekun mempelajari ilmu

2.     Taat beragama dan sering berdoa

3.     Pintar dan cerdik

4.     Kreatif dan inovatif

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.

1.     Mempelajari dan menghafaz al Quran sejak kecil

2.     Mempelajari pelbagai bidang ilmu dari ramai guru

3.     Membaca dan mengkaji berkenaan metafizik karangan Aristotle

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.

1.      Dalam bidang ilmu dan pemikiran

a)    Menghasilkan lebih 116 karya dalam pelbagai bidang ilmu dalam Muallafat Ibnu   Sina

b)   Semua buku tersebut dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah

c)     Semua buku tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Liga Arab

d)    Sebuah Institusi Pendidikan di Hungary dinamakan ‘Avicenna College’

2.      Dalam bidang perubatan

a)    Penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman,jangkitan virus sepeti TB,penyakit Rubella,alahan,cacar dan penyakit jiwa

b)   Penemuan dalam bidang farmasi seperti mencipta ubat bius,menghasilkan ubat dan priskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik

c)    Membangunkan teknologi perubatan seperti mencipta benang untuk menjahit luka dan picagari

d)   Mengarang kitab Al Qanun Fi Tibb iaitu kitab yang menghuraikan ilmu berkaitan perubatan yang diterjemahkan sebagai ‘Canon of Medicine” digunakan sebagai rujukan utama dala bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Frankfurt di Jerman,Universiti Paris dan Universiti Oxford.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.

1.     Bersungguh-sungguh menuntut ilmu

2.     Rajin membaca,menyelidik,membuat kajian dan menganalisis ilmu

3.     Mendokumentasikan hasil kajian untuk rujukan orang lain

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi

Nilai :

Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu

CADANGAN AKTIVITI

1.     Membuat kerja kursus

2.     Kajian perpustakaan

3.     Perbincangan dalam kumpulan

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.

2.     Nyatakan sifat peribadi Ibnu Sina yang wajar diteladani oleh seorang pelajar.

3.     Senaraikan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.

4.     Membuat folio lengkap tentang riwayat hidup dan sumbangan Ibnu Sina terhadap tamadun Islam.