Monday 30 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 3 - Adab Menjaga Alam Sekitar



Semester 3 - AKHLAK
Adab Menjaga Alam Sekitar


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan adab menjaga alam sekitar.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  adab   menjaga alam sekitar.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud menjaga alam sekitar

2.     Menyatakan adab menjaga alam sekitar

3.     Menjelaskan punca berlakunya pencemaran alam sekitar

4.     Menghuraikan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

5.     Berusaha memupuk sikap menjaga alam sekitar

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud menjaga alam sekitar

Menjaga alam sekitar bermaksud  perbuatan memelihara, pembelaan  perawatan alam sekitar.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan adab menjaga alam sekitar

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan punca berlakunya pencemaran alam sekitar

Firman Allah SWT:


  Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(Ayat  41: Surah ar -Rum)

Punca pencemaran alam:

1.     Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak

2.     Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat

3.     Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi

4.     Tiada penguatkuasa daripada pihak berkuasa 

KRITERIA PENCAPAIAN
Menghuraikan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

1.     menanamkan kesedaran tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan

2.     menyediakan kemudahan yang dapat  membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam

3.     mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kampung , taman perumahan dan sebagainya.

4.     menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan hukuman kepada individu yang melakukan pencemaran

KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha memupuk sikap menjaga alam sekitar

1.     Sentiasa memastikan kawasan persekitaran bersih

2.     Kebersihan sebahagian daripada iman

3.     Melaksanakan aktiviti kitar semula

CADANGAN AKTIVITI

1.     Mengadakan aktiviti gotong royong di dalam kelas dan sekolah

2.     Mengadakan program dan kempen kitar semula di sekolah

3.     Mengadakan aktiviti menanam pokok bunga