Manusia
Tempuh Tiga Peringkat Alam
KEHIDUPAN
ini ditakdirkan Allah sebagai satu pengembaraan yang jauh iaitu bermula di alam
arwah dan akan berakhir di alam akhirat. Oleh itu, Nabi Muhammad saw
mengingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai
musafir atau orang yang dalam perjalanan.” (Hadis riwayat Ibn Umar)
Manusia
sebenarnya menempuh dua alam, yang kedua-duanya sudah ditinggalkan. Ia adalah
alam “arwah” dan “arham” Kita sedang berada di alam ketiga iaitu alam
“musyahadat” atau alam dunia.
Pada
alam arwah, jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di
sini, roh diberi suntikan akidah keimanan kepada Allah. Ia sebagai bekalan
terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya.
Roh
kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam
kedua ini (kandungan ibu), dirasakan amat rileks sekali atau dalam keadaan
istirahat, tiada perjuangan dan tiada cabaran.
Kini
kita berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan di alam dunia ini bukan untuk
berhibur, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadat kepada-Nya. Begitu juga
melakukan amal saleh dan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan
umatnya serta makhluk lain.
Segala
kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat
untuk menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi
menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.
Firman
Allah bermaksud: “Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan
bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal” (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Rasulullah
bersabda bermaksud: “Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat
melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di
negeri akhirat nanti.”
Alam
dunia yang kita alami kini adalah alam ketiga. Kita dalam perjalanan menuju ke
alam keempat iaitu “alam barzakh” atau “alam kubur”. Apabila hari kiamat, kita
akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu “alam akhirat”.
Sebelum
itu, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab segala amal
perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk
akan dibalas dengan azab api neraka.
Allah
mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui
firman-Nya bermaksud :
”Ketahuilah!
Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan
hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup
yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak
(semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman
yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan
(ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang
yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak
lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)
Allah
mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:
”Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya),
tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran,
ayat 185)
Firman
Allah lagi bermaksud:
”Dan
tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu,
akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di
bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”
(Surah al-Qisaas, ayat 77)