Saturday, 27 December 2014
Friday, 26 December 2014
Wednesday, 24 December 2014
Tazkirah - Sembilan Pembaziran Tanpa Disedari
Sembilan Pembaziran Tanpa Disedari
IBNU Qayyim al-Jauziyah,
ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh
Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi
panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun
691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah
mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim
al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada
pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya
kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar
sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada
waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan
kemudaratan dan makruh hukumnya.
Sunday, 14 December 2014
Tazkirah - Mayat Baca Yasin..
Mayat Baca Yasin..
"Ini adalah cerita
benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah
bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim
haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut
seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang
meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan
mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan
menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan
dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila
satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut
bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti
kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur
tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati
memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al
Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat
Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut
tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah
kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian,
rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah
membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain
selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan , dia
kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya
bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin
berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
Selepas peristiwa itu,
lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan
dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan
janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Saturday, 29 November 2014
Malam Santapan Mesra Kolej Vokasional Butterworth 2014
Aktiviti Kolej Vokasional Butterworth Tahun 2014
Malam Santapan Mesra Kolej Vokasional Butterworth 2014
Friday, 14 November 2014
Tazkirah - Pesanan Rasulullah S.A.W
Pesanan Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah
berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."
Saturday, 1 November 2014
Thursday, 30 October 2014
Saturday, 18 October 2014
Tazkirah - Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Khutbah Nabi Mengenai
Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy,
beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam
khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat
selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih
ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau
dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan
datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di
sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti
Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah
aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang
benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin
yang pandai membaca atau buta huruf.
Thursday, 16 October 2014
Tazkirah - 25 Jenis Wanita
25 Jenis Wanita
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Tuesday, 7 October 2014
Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Ibnu Sina
IBNU SINA
HASIL
PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
- Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina.
- Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
- Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
- Menyatakan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.
Saturday, 4 October 2014
Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Kerajaan Bani Umayyah
KERAJAAN BANI UMAYYAH
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan latar belakang kerajaan Bani Umayyah.
- Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah.
- Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah.
- Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah.
- Menyatakan iktibar kejatuhan Kerajaan BaniUmayyah.
Friday, 3 October 2014
Bahagian Tamadun Islam Semester 4 - Hassan Al-Banna
HASSAN AL-BANNA
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan riwayat hidup Hassan Al-Banna secara ringkas.
- Menyatakan sifat peribadi Hassan Al-Banna.
- Menjelaskan kegigihan Hassan Al-Banna dalam menuntut ilmu.
- Menjelaskan sumbangan Hassan Al-Banna kepada tamadun Islam.
- Menyatakan iktibar daripada sejarah ketokohan Hassan Al-Banna.
Thursday, 2 October 2014
Bahagian Tamadun Islam Semester 4 - Kerajaan Turki Uthmaniyyah
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
HASIL
PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan latar belakang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
- Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
- Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
- Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
- Menyatakan iktibar kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Wednesday, 1 October 2014
Bahagian Ibadah Semester 4 - Tatacara Penubuhan Dan Pengoperasian Syarikat Islam
KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT
DALAM ISLAM
PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM
PENGERTIAN
SYARIKAT
|
PERKONGSIAN PERNIAGAAN (SYARIKAT)
· Perkataan syarikat dari segi
bahasa bermaksud menjadi sekutu
· Adapun menurut makna syara’,
syarikah adalah suatu akad antara 2 pihak atau lebih yang sepakat untuk
melakukan kerja dengan tujuan memperoleh keuntungan.
HUKUM SYARIKAT
·
Harus.
RUKUN SYARIKAT :
i. Ahli syarikat ~
berakal dan baligh
~ kemahuan sendiri
ii. Modal ~ wang/ harta/ barangan
~ kepakaran
iii.
Lafaz akad ~ member izin belanja harta syarikat
|
JENIS-JENIS
SYARIKAT DAN TATACARA
PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT SECARA ISLAM.
1. SYARIKAT INAN
2. SYARIKAT ABDAN
3. SYARIKAT MUFAWIDOH
4. SYARIKAT WUJUH
5. SYARIKAT MUDORABAH
|
|
PERKARA YANG MEMBATALKAN
SYARIKAT
|
|
PRINSIP-PRINSIP
PERNIAGAAN SECARA ISLAM
|
1.
Halal
2.
Kebebasan
3.
Kerelaan kedua-dua pihak turut
menjadi prinsip perniagaan dalam Islam.
4.
Keadilan di dalam perniagaan.
5.
Kebajikan
6.
Kesopanan
|
Tuesday, 30 September 2014
Bahagian Akidah Semester 4 - Mempertahankan Akidah Islam
MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
TANGGUNGJAWAB
MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
Anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat
Iman dan Islam. Di dalam al-Quran, secara tuntas mengatakan bahawa Islam
hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf (surah Ali-Imran ayat 19) dan Allah
tidak menerima cara hidup selain daripada Islam (surah Ali-Imran ayat 85). Nabi
SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain. Sehubungan itu, Seluruh
umat Islam wajib mempertahankan akidah
Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi
apa sahaja rintangan
Monday, 29 September 2014
Bahagian Akidah Semester 4 - Perbezaan Islam Dengan Agama Lain
PERBEZAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
ISLAM
®
Merupakan agam tauhid, iaitu Tuhan hanya satu iaitu
Allah, tiada tuhan selain Dia.
MAJUSI
®
Tuhan ada dua, iaitu:
1.
Tuhan cahaya/ kebaikan (Ahurarnazda) dan
2.
Tuhan gelap/ kejahatan (Ahriman)
®
Penganut agama ini menyembah api sebagai lambang Tuhan
Cahaya.
Sunday, 28 September 2014
Bahagian Akidah Semester 4 - Islam Agama Yang Sesuai Dengan Fitrah
ISLAM AGAMA YANG SESUAI DENGAN
FITRAH
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
Saturday, 27 September 2014
Bahagian Akidah Semester 4 - Islam Agama Yang Benar
ISLAM
AGAMA YANG BENAR
HASIL
PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
PENGENALAN
- Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya. Penyaksian ini diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan.
- Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan di Gua Hira', Arab Saudi.
- Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia adalah satu agama yang benar. Allah SWT tidak menerima seseorang itu beragama melainkan Islam.
- Allah SWT telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas sekalian alam.
Friday, 26 September 2014
Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Zakat Harta Dan Perniagaan
KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
MUAMALAT DALAM ISLAM
ZAKAT
HARTA DAN PERNIAGAAN
PENGERTIAN ZAKAT
1. Dalam bahasa arab, “zakat” secara
umumnya bererti pertambahan.
Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi
banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan
lain-lain.
2.
Dari segi istilah zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu
dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang tertentu sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Allah.
Selain itu, ada istilah sedekah dan infaq,
sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib dinamakan zakat, sedang
sedekah sunat dinamakan infaq.
Sebagian yang lain mengatakan infaq wajib
dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnat dinamakan sedekah
HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT
- Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan
menjadi salah satu unsur utama tertegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu
hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi
syarat-syarat tertentu.
- Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti solat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara terperinci berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia.
Thursday, 25 September 2014
Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Takaful
KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
MUAMALAT DALAM ISLAM
TAKAFUL
Pengertian
insurans :
Satu faedah yang diperolehi
apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggembeling usaha serta
sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong
apabila ditimpa musibah.
§ Melalui pakatan tersebut,
orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya
berbentuk kewangan serta dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah.
Hukum
dan dalil :
§ Amalan insurans diharuskan
dalam Islam berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tolong
menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong
melakukan dosa..”
JENIS-JENIS
INSURANS
|
|
Insurans nyawa
|
Insurans
am
|
- Memberi perlindungan risiko
ke atas kematian dan hilang upaya.
- Memberi pampas an apabila
berlaku kematian atau kelumpuhan anggota kepada pembeli insurans
- Syarikat insurans nya turut
memberi pinjaman kepada pembe;li insurans yang mencagarkan polisinya
|
- Memberi perlindungan kepada
mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta
|
Prinsip
insurans :
1) Pemegang polisi insurans
saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama.
2) Insurans merupakan satu
perjanjian Bantu membantu di kalangan pemegang polisi.
3) Insurans adalah satu
perjanjian bekerjasam memberi sumbangan yang bertujuan meringankan kerugian
yang ditanggung ahli lain.
4) Tiada unsur ketidakpastian
( غرار
) pada bayaran sumbangan dan manfaat.
5) Bertujuan memberi keuntungan
yang saksama di kalangan ahli.
6) Menjamin dan melindungi
antara satu sama lain daripada sebarang bencana, kerugian atau kehilangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)