Sunday, 28 September 2014

Bahagian Akidah Semester 4 - Islam Agama Yang Sesuai Dengan Fitrah

ISLAM AGAMA YANG SESUAI DENGAN  FITRAH

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
  2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
  3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  4. Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
  5. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
  6. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
Antara bukti yang menunjukkan Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia:

BIL
ASPEK
PENERANGAN

1.

AKIDAH

®    Akidah tauhid yang menjadi ajaran Islam adalah sesuai dengan fitrah manusia yang tidak dapat menerima kewujudan lebih dari satu tuhan sebagaimana firman Allah  dalam surah al-Anbiya’ ayat 22 :
  
Maksudnya :
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan”.

®    Kedudukan Allah sebagai satu-satunya Tuhan dijelaskan sendiri oleh Allah dalam kitab suci al-Quran menerusi surah al-Ikhlas. Dalam ajaran Kristian kedudukan nabi Isa sebagai tuhan atau bukan tuhan, dan kedudukan Ruhul Kudus ditentukan melalui muktamar penganut Kristian di Kota Nicea pada tahun 325M dan disambung lagi pada tahun-tahun berikutnya kerana tidak mencapai kata sepakat.

2.

PERATURAN HIDUP

®    Peraturan dan garis panduan hidup manusia yang berdasarkan hukum syara’ yang lima (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) sesuai dengan fitrah dan manfaat hidup manusia

Contoh1 :
Ketika Islam mewajibkan solat fardhu, maka ia merupakan makanan bagi roh sebagaimana nasi mengisi keperluan jasmani. Jika manusia mengabaikannya, maka manusia terdedah kepada perlakuan maksiat zahir dan batin kerana keperluan roh yang tidak terisi.

Contoh 2 :
Ketika Islam mengharamkan arak, itu adalah kerana secara fitrah tubuh badan tidak mahu disakiti, akal secara fitrah mesti dijagai agar dapat membezakan manusia degan sifat haiwani.

Contoh 3 :
Islam meraikan fitrah keinginan hidup berpasangan dan kasih mengasihi, maka dianjurkan perkahwinan. Ini berlawanan dengan ajaran Nasrani, di mana para pendeta dilarang berkahwin sebagai satu cara hidup.

3.

PELAKSANAAN IBADAT


®    Dalam ibadat, Islam tidak membenarkan penyeksaan diri. Kerana itu orang yang sakit boleh meninggalkan puasa dan orang yang musafir boleh mengqasar atau menjama’ solatnya. Dalam agama Hindu diajarkan penyeksaan diri seperti berpuasa dalam tempoh yang lama. Raja Sreyama dan permaisurinya mati kerana puasa terus menerus. Mati dalam ibadat menyeksa diri itulah mati yang suci.

4.

KEMASYARAKATAN

®    Dari segi kemasyarakatan, Islam mengajar semua manusia adalah sama, tidak ada yang dianggap lebih daripada yang lain.
®    Bangsa Yahudi sangat megah dengan bangsa mereka sebagai bangsa pilihan Allah dan memandang rendah bangsa lain, sehingga disebutkan dalam Kitab Tamud bahawa bangsa yahudi dilarang membunuh, berzina dan mencuri, kecuali kepada umat lain. Perbuatan seorang Yahudi membunUh umat yang lain adalah suatu korban kepada Allah. Perbuatannya mencuri harta umat lain adalah perbuatan mengembalikan hak kepada yang punya kerana semua harta di alam ini adalah milik bangsa Yahudi.

USAHA MELAKSANAKAN TUNTUTAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN DALAM BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA

Ø  Islam sebagai agama yang sempurna menyeru umatnya mencari kebahagaian dunia dan akhirat. Oleh itu, cara hidup kependitaan dan pertapaan tidaklah sesuai dengan ajaran islam. Sebaliknya setiap manusia mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Ø  Firman Allah dalam surah al-Qasas 77 :


Maksudnya :
"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

Antara usaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  1. Menuntut ilmu sebanyak mungkin dan berusaha memahami akidah Islam serta syariat islam
  2. Melaksanakan syariat Islam keseluruhannya dengan yakin
  3. Berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dan meninggalkan larangan Allah
  4. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ke arah menjamin masyarakat dan negara yang diredhai Allah