KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
MUAMALAT DALAM ISLAM
TAKAFUL
Pengertian
insurans :
Satu faedah yang diperolehi
apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggembeling usaha serta
sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong
apabila ditimpa musibah.
§ Melalui pakatan tersebut,
orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya
berbentuk kewangan serta dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah.
Hukum
dan dalil :
§ Amalan insurans diharuskan
dalam Islam berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tolong
menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong
melakukan dosa..”
JENIS-JENIS
INSURANS
|
|
Insurans nyawa
|
Insurans
am
|
- Memberi perlindungan risiko
ke atas kematian dan hilang upaya.
- Memberi pampas an apabila
berlaku kematian atau kelumpuhan anggota kepada pembeli insurans
- Syarikat insurans nya turut
memberi pinjaman kepada pembe;li insurans yang mencagarkan polisinya
|
- Memberi perlindungan kepada
mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta
|
Prinsip
insurans :
1) Pemegang polisi insurans
saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama.
2) Insurans merupakan satu
perjanjian Bantu membantu di kalangan pemegang polisi.
3) Insurans adalah satu
perjanjian bekerjasam memberi sumbangan yang bertujuan meringankan kerugian
yang ditanggung ahli lain.
4) Tiada unsur ketidakpastian
( غرار
) pada bayaran sumbangan dan manfaat.
5) Bertujuan memberi keuntungan
yang saksama di kalangan ahli.
6) Menjamin dan melindungi
antara satu sama lain daripada sebarang bencana, kerugian atau kehilangan.