ISLAM
AGAMA YANG BENAR
HASIL
PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
PENGENALAN
- Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya. Penyaksian ini diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan.
- Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan di Gua Hira', Arab Saudi.
- Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia adalah satu agama yang benar. Allah SWT tidak menerima seseorang itu beragama melainkan Islam.
- Allah SWT telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas sekalian alam.
BIL
|
CIRI
|
PENERANGAN
|
1
|
Rabbaniyyah
|
Segala bentuk, peraturan, konsep dan prinsip dalam
ajaran Islam telah ditetapkan dan dating dari Allah (Rabb) yang sempurna dari
segala segi, bukannya ciptaan manusia yang serba kekurangan
|
2
|
Syumuliyyah
|
Islam merupakan agama yang lengkap serta menyeluruh
yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sa,a ada politik , ekonomi,
perumndangan social, akhlak, sains budaya dan lain-lain
|
3
|
Waqi iyyah
|
Ajaran Islam bersifat praktikal dan boleh diamalkan
serta bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia . Islam memberi
penyelesaian kepada semua permasalahan.
Contoh:islam menggalakkan penggunaan akal dalam
memahami agama, tidak seperti dalam ajaran Kristian Katholik yang mengarahkan
penganutnya menerima sahaja fahaman gereja, yang akhirnya menyebabkan
munculnya Kristian Protestan.
|
4
|
‘Alamiyyah
|
Islam bersifat universal, iaitu agama yang sesuai
dengan semua manusia serta tidak terikat dengan masa, suasana dan tempat.
Contoh: Islam menjamin hak asasi manusia(kebebasan
beragama, melindungi nyawa, memiliki harta dan memelihara maruah) tanpa
mengikut status dan kedudukan seseorang.
|
5
|
Murunah
|
Islam ialah agama yang fleksibal atau anjal, iaitu
berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap atas prinsip asasnya. Islam
bersifat mudah dan memudahkan.
Contoh: kemudahan solat dengan cara duduk, berbaring
dan sebagainya, tetapi prinsip asasnya solat mesti ditunaikan dalam keadaan
apa sekali pun.
|