ADAB IMAM DAN MAKMUM
A. Definisi
Imam dan Jama’ah.
Imam adalah seorang pemimpin. Beliau adalah
individu yang di lantik sebagai pemimpin bagi memimpin jemaah ketika melakukan
ibadah solat atau amal kebaikan. Mereka juga yang akan diberikan kepercayaan
menjadi pemimpin untuk memimpin ke jalan yang benar.
Orang yang layak menjadi Imam ialah orang yang
baik bacaan al-Qur’annya dan tiada keraguan dalam bacaan. Serta orang itu juga
mestilah berpengetahuan luas tentang agama. Dan lebih awal berhijrah yang
bermaksud lebih berumur, dan berpengetahuan yang lebih mendalam tentang agama
islam.
Sebahagian ulama mengatakan hukum berjemaah
fardu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan fardu kifayah.
Disamping itu ada sesetengahnya pula berpendapat sunat muakkad dan inilah
pendapat Imam Syafi’I r.a yang bermaksud “ Solat berjemaah itu lebih Afdal
(bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat).
Hubungan yang terhasil daripada solat anatara
Imam dan makmum. Dan islam juga mensyariatkan beberapa upacara dan perhimpunan
antara umat islam untuk menunaikan ibadah pada masa-masa tertentu. Contohnya
solat 5 waktu, solat jumaat dan solat dua hari raya.
Solat berjemaah memerlukan sekurang-kurangnya
seorang imam dan seorang makmum. Dan bagi solat jumaat berjemaah hukumnya
adalah fardu ain bagi orang lelaki (haram ditinggalkan dan berdosa besar).
Solat beramai-ramai adalah lebih afdal daripada solat dengan jemaah yang
sedikit. Hadis riwayat Rasullullah s.a.w yang bermaksud daripada Ubay bin Kaab
katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w : “solat seorang lelaki beserta
seorang lelaki adalah lebih baik daripada ia solat seorang diri dan seorang
lelaki beserta 2 orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersolat
bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Manakala lebih banyak jemaah lebih
dikasihi Allah s.w.t. (riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Nasa’i).
Masih mendapat pahala berjemaah bila makmum
dapat mengikut imam sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang
mengikuti dari mula-mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang
mengikut kemudian.
Imam hendaklah meringkaskan solat kecuali kalu
makmumnya hanya terdiri daripada golongan yang sedikit bilangannya dan mereka
reda.
C. Hukum
solat berjemaah.
- Fardhu kifayah bagi solat 5 waktu.
- Wajib bagi solat jumaat.
- Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain .
- Imam Syafi’I, Hanafi dan Maliki berpendapat berjemaah ketika solat fardhu adalah sunat muakkad bagi semua orang lelaki yang berakal dan mampu melakukan tanpa sebarang kesulitan.
- Tidak wajib ke atas orang perempuan, kanak-kanak orang sakit dan sebagainya.
- Bagi lelaki lebih afdal berjemaah di masjid.
- Bagi perempuan lebih baik di rumah sahaja.
Sambungan....