Monday 31 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 7) - Bahagian Ibadah Semester 1

K. Susunan saf dari barisan hadapan

Sekiranya jemaah itu terdiri daripada beberapa kumpulan, maka saf itu hendaklah diatur seperti:-
  1. Imam
  2. Makmum lebih dewasa.
  3. Kanak-kanak lelaki.
  4. Kanak-kanak perempuan.
  5. Perempuan dewasa.
L. Susunan makmum
  1. Apabila seorang imam bersembahyang dengan seorang makmum,Ø makmum berada dibelakang imam sebelah kanan.
  2. Apabila datang seorang makmum yang lain, makmum tersebut hendaklah berada di sebelah kiri imam. Imam perlu ke hadapan dan makmum merapatkan saf
  3. Kedudukan kanak-kanak yang belum baligh ketika tiada orang dewasa, maka kedudukannya sama seperti orang dewasa.
  4. Jama’ah perempuan yang bersolat di belakang lelaki, maka perempuan itu hendaklah berada di belakang jama’ah dan ke kiri sedikit.
  5. Makruh bagi lelaki berada di belakang saf perempuan. Dan makruh juga perempuan berada di sebelah kiri dan kanan imam.
  6. Jika seorang makmum sahaja, makruh baginya apabila ia berada di belakang sebelah kiri imam.
  7. Makruh juga apabila semua makmum berada di sebelah kiri dan di sebelah kanan sahaja.
  8. Apabila seorang makmum perempuan sahaja, maka perempuan itu perlu berada di sebelah kiri sedikit di belakang imam.
  9. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasullullah SAW mafhumnya:
“ Rasullullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak”. (Riwayat Muslim).
M. Kelebihan berjemaah.

  1. Pahala solat Jama’ah - 27 kali ganda berbanding solat berseorangan.
  2. Setiap langkah untuk pergi berjama’ah akan mendapat kebaikan dan kenaikan darjat.
  3. Merupakan cahaya orang Islam pada Hari Akhirat.vSabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Gembirakanlah orang yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada Hari Akhirat”
  • Selain solat Jumaat, yang paling dituntut ialah Subuh, diikuti Isyak dan Asar berdasarkan Hadis berikut.
  • Solat Asar sangat dituntut berjama’ah kerana ia adalah solat al-Wusta (pertengahan). Daripada Uthman bin Affan r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksud: 
“Sesiapa yang sembahyang Isyak berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang separuh malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang pada keseluruhan malam”
N. Hikmah solat berjemaah
  1. Mewujudkan rasa kemesraan, berkenal-kenalan, kerjasama antara umat Islam.
  2. Melatih diri supaya berdisiplin dan cintakan ketaatan kepada perkara-perkara yang makruf.
  3. Al-Durr al-Mukhtar berpendapat bahawa dengan solat berjama’ah dapat mewujudkan rasa persahabatan dan orang yang jahil tentang agama boleh belajar dengan orang yang alim.