Imam hendaklah menghadap kiblat sekadar membaca
3 kali istighfar dan sekadar membaca zikir yang dituntut membacanya sebelum
merubah letak kakinya. Jika tidak terus keluar, imam hendaklah berpaling ke
arah makmum dengan menghadap pipi kanannya atau pipi kirinya dan tetap
menghadap ke arah makmum sekadar lama menanti jemaah wanita keluar. Setelah
itu, imam hendaklah bangun dan mengerjakan solat sunat di tempat lain.
H. Adab
makmum sebelum solat
- Sebelum solat dilakukan,makmum hendaklah membaca tasbih,tahmid dan istighfar sebanyak sepuluh kali.
- Kemudian membaca doa berikut:
الشَّيَاطِيْنَ هَمَزَاتِ مِنْ رَبِّيْ أَعُوْذُبِكَ .يَحْضُرُوْنَ أَنْ رَبِّ وَأَعُوْذُبِكَ
“Wahai tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku dari kehadiran syaitan-syaitan itu!”
- Makmum hendaklah berdiri setelah bilal atau muazdzin mengucapkan:
قَّامَتِّ قَدْ الصَّلاَةُ قَّامَتِ قَدْ الصَّلاَةُ
- Makmum hendaklah berdiri dengan tenang dan apabila telah berdiri hendaklah membaca:
مَايُؤْتِى أَفْضَلَ ءَتِنِي اللَّهُمَّ الصَّالِحِيْنَ عِبَادَكَ
“Wahai Tuhanku, limpahkanlah kepadaku seutama-utama yang Engkau limpahkan kepada para hamba-Mu yang soleh-soleh.”
- Makmum hendaklah memenuhi saf hadapan dahulu sebelum membuat saf yang berikutnya. Saf yang baru hendaklah dimulakan dari tengah.
I. Adab makmum dalam solat
- Makmum hendaklah membaca takbiratul ihram setelah nyata bahawa imam telah selesai mengucapkan takbirnya.
- Makmum hendaklah mendengar segala bacaan imam yang dijaharkan dan para makmum hendaklah membaca al-Fatihah di dalam hatinya mengiringi bacaan al-Fatihah imam.
- Makmum hendaklah membaca amin bersama-sama imam dan jangan mendahului imam.
- Makmum hendaklah mengerjakan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan berdiri untuk melakukan solat rakaat berikutnya setelah imam sempurna mengerjakannya atau sesudah imam selesai membaca takbir intiwalnya.
- Hendaklah makmum menyuarakan takbir intiqal dengan perlahan.
- Makmum hendaklah memberi peringatan kepada imam jika imam terlupa ayat atau surah yang hendak dibacanya mengikut cara-cara yang dibenarkan oleh syarak.
J. Adab makmum selepas solat
- Makmum dikehendaki untuk duduk seketika dan membaca zikir, tasbih dan tahmid.
- Janganlah makmum berdiri sebelum imam bangkit dari duduknya. Hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Bahawasanya aku ini adalah imam kamu kerana itulah jangan kamu mendahului aku melakukan rukuk, sujud, berdiri dan berpaling. Kerana sesungguhnya aku melihat kamu dari hadapan dan dari belakangku, kemudian Rasulullah bersabda: “Demi tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya kamu melihat apa yang aku lihat tentulah kamu sedikit tertawa dan banyak menangis!"
Sambungan...