Friday 28 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 5) - Bahagian Ibadah Semester 1

D. Syarat-syarat solat berjemaah.

  1. Makmum hendaklah berniat mengikut imam.
  2. Makmum perlu mengikut pekerjaan imam dan tidak boleh mendahului imam.
  3. Melakukan segala perbuatan imam.
  4. Makmum janganlah terlambat sampai 2 rukun fi’li daripada imam.
  5. Tempat solat makmum tidak boleh terkehadapan daripada imam.
  6. Hendaklah sama solat dengan imam.
E. Adab dan tugas imam sebelum solat.
  1. Imam hendaklah dalam keadaan bersuci.
  2. Imam hendaklah datang ke masjid setelah azan dikumandangkan.
  3. Imam hendaklah segera memulakan solat apabila berjemaah telah ramai. Jika jemaah tidak ramai, imam hendaklah menunggu seketika.
  4. Imam hendaklah mempunyai keikhlasan yang sempurna terhadap para makmumnya.
  5. Imam hendaklah melihat kiri dan kanan saf untuk memastikan kesempurnaan sebelum mengangkat takbir. Jika makmumnya seorang sahaja,imam hendaklah menyuruh makmum itu berdiri di sebelah kanan imam.
  6. Dilarang seseorang menjadi imam jika di belakangnya ada orang yang lebih pandai dan utama kecuali orang berkenaan itu menolak. Jika berlaku demikian, maka bolehlah dia maju menjadi imam dan (dengan syarat) dia mengetahui syarat-syarat imam ada pada dirinya, ketika itu makruh menolaknya.
  7. Hendaklah imam menjaga waktu solat dan solat pada awal waktu bagi mendapat keredaan Allah s.w.t kerana kelebihan solat pada awal waktu seperti kelebihan akhirat atas dunia.
F. Adab imam ketika solat
  1. Hendaklah mengeraskan sedikit suara ketika membaca takbiratul ihram supaya makmum dapat mengetahui bahawa imam telah memulakan solat.
  2. Imam hendaklah diam seketika setelah membaca takbiratulihram sebelum membaca al-Fatihah. Ini bertujuan untuk memberi masa kepada makmum ntuk memulakan solatnya sebelum imam membaca al-Fatihah di samping membaca doa iftitah.
  3. Imam hendaklah mensirkan(memperlahankan) bacaan ta’awuz iaitu bacaan( auzu billah).
  4. Imam hendaklah menjaharkan bacaan al-Fatihah, ta’min dan surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat jahar dan mensirkan pada solat sir.
  5. Imam hendaklah memanjangkan surah pada rakaat pertama dan memendekkan surah pada rakaat kedua.
  6. Imam hendaklah melaksanakan rukun solat itu dengan tenang dan tertib, supaya makmum dapat melaksanakan solat dengan sempurna.
  7. Imam hendaklah berusaha seboleh yang mungkin untuk meneladani cara Rasulullah mengimami para sahabatnya dalam solat. Antaranya ialah memerhati para jemaah, agar dia dapat mengetahui kadar bacaan surah yang akan dibacanya dalam solat itu.
  8. Janganlah imam merosakkan sendi-sendi utama dalam solat, seperti meninggalkan tamakninah, perkara yang sunat dalam solat kerana hendak mengejar masa.
  9. Imam hendaklah menunggu jemaah berdiri terlebih dahulu sebelum membaca al-fatihah pada rakaat selanjutnya.
  10. Imam hendaklah berdiri seketika (sekurang-kurangnya sekadar bernafas dalam satu nafas) selepas membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah.
Sambungan....