Wednesday, 26 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 3) - Bahagian Ibadah Semester 1

E. MASALAH-MASALAH MA’MUM MUAFIQ

Ulama’-ulama’ fekah telah menjelaskan bahawa hukum orang muafiq itu ada beberapa masalah. Ada masalah yang bersepakat kata ulama dan ada masalah yang berlainan pendapat antara mereka.

Antara masalah yang bersepakat hukum antara ulama’ muta’akhirin ialah seperti berikut:
  • Orang muafiq yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal tiga rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan waswas. Tetapi orang yang lambatkan bacaannya kerana waswas tidak dimaafkan ketinggalan tiga rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan fatihahnya.yakni orang muafiq yang waswas boleh menghabiskan bacaan al fatihah sebelum imam turun untuk sujud, maka batallah solatnya kecuali ma’mum berkenaan niat mufaraqah ( berpisah dengan imam) sebelum imam turun sujud dan dia diwaktu itu dikehendaki meneruskan bacaan fatihahnya dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai solat.
Kepada orang muafiq yang waswas tidak boleh meninggalkan bacaan al fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan fatihahnya, kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.
  • Iaitu orang muafiq yang syak sebelum ia rukuk dan sesudah imamnya rukuk adakah ia sudah membaca al fatihah atau belum, maka wajib ke atasnya membaca surah al fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.
  • Seorang muafiq yang lupa membaca al fatihah sehingga imamnya rukuk tetapi ma’mum itu belum rukuk. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi membaca al fatihah. Ma’mum ini diwajibkan membaca al fatihah dan dimaafkan kepadanya ketinggalan tiga rukun seperti di atas.
  • Seorang muafiq yang syak adakah dia membaca al fatihah atau belum lagi, ataupun dia teringat bahawa ia belum lagi membaca al fatihah sesudah imam dan ia sendiri telah rukuk. Hukum orang itu tidak boleh lagi ia kembali membaca al fatihah tetapi wajib ke atasnya mengikut imam dan apabila selesai salam imamnya, dia dikehendaki menambah satu rakaat lagi.
  • Orang muafiq yang syak sama ada dia sudah membaca al fatihah sesudah ia rukuk sedangkan imam belum lagi rukuk, maka wajib ia kembali qiam dan membaca al fatihah, dan ia dimaafkan ketinggalan tiga rukun yang panjang daripada imamnya.
  • Orang muafiq yang tertinggal membaca al fatihah kerana sibuk membaca doa iftitah, tiba-tiba imamnya rukuk sebelum ia sempat menghabiskan bacaan al fatihah, sama ada dia telah membaca sebahagian dari ayat-ayat al fatihah ataupun belum sempat membacanya walaupun sedikit, hukumny WAJIB dia membaca al fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.
  • Orang muafiq yang sedang menunggu saktah imamnya yakni beliau memperhatikan bacaan al fatihah imamnya untuk mendapatkan sunat dan bercadang membaca al fatihah apabila imam membaca surah nanti, tetapi imam tersebut terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah, menyebabkan ma’mum tidak sempat baca al fatihah. Hukumnya dimaafkan tiga rukun yang panjang daripada imam dan wajib ke atasnya baca al fatihah.
  • Orang muafiq yang sedang menunggu saktah imamnya untuk mendapatkan sunat dan bercadang akan membaca al fatihah apabila imam membaca surah sunat nanti, tetapi imam membaca surah yang pendek menyebabkan ma’mum tidak sempat habiskan al fatihah sedangkan imam sudah rukuk atau sujud, hukumnya juga dimaafkan tiga rukun panjang daripada imamnya.

Sambungan....