Monday 15 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Dosa

MEMAHAMI DAN KONSEP PAHALA, DOSA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :


1.      Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.
2.      Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.
3.      Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.
4.      Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.






Pengertian dosa :


  1. Menderhaka ibu bapa
Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan syarak, menyinggung perasaan dan berlaku kasar terhadap ibu bapa.
  1. Zina
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.
  1. Arak dan dadah
Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang di peram. Dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.
  1. Riba
Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis dan pertukaran matawang.
  1. Judi
Pertaruhan yang melibatkan wang atau barangan.
  1. Mencuri
Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.
  1. Memfitnah
Menuduh seseorang tanpa bukti.

Kesan melakukan dosa tersebut.

ü  Mendapat balasan dosa dan akan diazab di akhirat.
ü  Menjatuhkan maruah diri,keluarga dan masyarakat
ü  Menghilangkan kewarasan akal
ü  Memecahbelahkan masyarakat dan memutuskan ikatan silaturahim

Cara menghindari perlakuan dosa.

Ø  Mendalami ilmu agama dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Ø  Memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia
Ø  Meningkatkan amal ibadah dan menjauhkan amalan negatif
Ø  Melazimi istighfar dan berdoa agar dijauhkan daripada dosa


Menyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia

v  Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.
v  Melazimi taubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.
v  Menjaga batas pergaulan dan memilih rakan yang baik.