Tanda 100 Hari Sebelum Kematian
Dikisahkan ketika
Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata
malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap
rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah
seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam
keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali,
bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?”
Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih
agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah
memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika
tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya.
Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di
tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga
barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Baginda Rasullullah
S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah
satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
TANDA
100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda
pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya
lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar
dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
100
hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari
Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40
hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy
Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
7
hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3
hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1
hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.