Thursday, 11 September 2014

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Jatidiri

JATI DIRI
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

  1. Menyatakan maksud sifat jati diri
  2. Menyenaraikan ciri-ciri sifat jati diri
  3. Menjelaskan kelebihan sifat jati diri.
  4. Menerangkan akibat tidak bersifat jati diri.
  5. Sentiasa mengamalkan sifat jati diri dalam kehidupan.


MAKSUD JATI DIRI

Menurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur manakala perkataan diri pula bermaksud empunya badan.

Apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akli (fikiran), jasmani dan rohaninya.

Dalam membangunkan kemanusiaan insan, agama Islam lebih memfokuskan kepada pembangunan dalaman manusia itu, iaitu rohnya.

®    Setelah dua kalimah digabungkan sebagai jati diri, ia membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa sama ada dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang boleh menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa menurut kamus dewan.

®    Contoh :  Setiap muslim wajib menjaga aurat dan batas pergaulan . Walaupun zaman berubah, persekitaran berubah, fesyen berubah, cara hidup berubah dia tetap seorang muslim dan akan tetap menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas- pergaulan. Manakala masyarakat bukan Islam akan mudah mengenali seseorang muslim berdasarkan pakaian yang menutup aurat. Penjagaan aurat sempurna adalah jati diri umat Islam


CIRI-CIRI JATI DIRI
SEORANG MUSLIM

1.    Mempunyai Iman yang teguh terhadap Allah dan Rasul.
Walaupun diri dizalimi, diuji dengan penderitaan dan kepayahan namun imannya tidak pernah  luntur  dan tetap teguh atas landasan tauhid kepada Allah. Begitu juga bila di ancam dengan ancaman hiburan melampau dan menggugat aqidahnya atau ancaman nyawa dan harta, mukmin yang punyai jati diri pasti tidak akan mudah goyaH sepertimana iman Bilal bin Rabah, Sumayyah dan kelurga Ammar bin Yassir



2.    Istiqamah melaksanakan segala tuntutan syariat sama ada yang berbentuk suruhan mahupun larangan
Contohnya  sentiasa menjaga aurat dan batas pergaulan, dan sentiasa menjaga solat walau di mana jua berada dan dalam keadaan apa sekalipun

3.    Istiqamah dalam melaksanakan sunah-sunah Rasulullah saw dalam kehidupan
Contohnya solat berjemaah, puasa sunat  Isnin dan Khamis, melaksanakan solat-solat sunat dll

4.    Sentiasa bersyukur dengan nikmat redha berfikiran positif dan sabar terhadap musibah
Mukmin sejati akan sentiasa berlapang dada dan redha menerima takdir qadha dan qadar dan dalam masa yang sama mereka yakin kesabaran mereka akan beroleh pahala dan sentiasa optimis bahawa ada hikmah di sebalik ketentuan Allah

5.    Berakhlak dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah
Mukmin sejati akan sentiasa berbuat baik pada dirinya dan menjaga akhlak sesama muslim, akhlak dengan orang bukan Islam, akhlak dengan binatang dan alam sekitar.
Contohnya Islam melarang umatnya meniru perbuatan atau budaya orang kafir yang bercanggah dengan Islam seperti budaya tari menari, menyanyi berpelukan dalam filem dengan bukan mahram, budaya homoseksual dll.
Namun bagi umat Islam yang lemah jati diri mereka akan mudah terikut dan terpengaruh dengan tidak mampu menghoindar diri dari perkara tersebpi sesuatu kesulitan

6.    Memohon pertolongan hanya kepada Allah dalam menghadapi sesuatu kesulitan.
orang yang lemah imannya selalu resah gelisah dan akan mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu. Walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sementara sahaja.
Mukmin  yang punyai jati diri akan mengharap pertolongan Allah, memohon terus kepadanya tanpa apa-apa perantaraan.

7.    Beramal soleh,  menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran

   

KELEBIHAN SIFAT JATI DIRI


1.      Merupakan lambang identiti dan keperibadian umat Islam yang sejati dan bermaruah  serta menjadi umat terbaik yang Allah bangkitkan di atas muka bumi ini
2.      Membentuk peribadi muslim yang bersyukur dengan nikmat iman dan Islam kurniaan Ilahi.  Maka nikmat ini akan sentiasa dijaga, dipelihara dengan sebaik-baiknya.
3.      Melahirkan peribadi muslim sejati yang sentiasa peka dan prihatin dengan hal dan keadaan saudara-saudara seakidah yang dizalimi dan ditimpa musibah
4.      Menjadikan seseorang muslim itu sentiasa berada di atas landasan akidah yang benar berdasarkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah
5.      Menjadikan seseorang muslim  itu kuat dan tahan uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
6.      Mempunyai keteguhan hati dalam mempertahankan prinsip
7.      Dihormati oleh orang ramai dan disukai oleh Allah dan Rasul


  

AKIBAT TIADA JATI DIRI


1.      Umat Islam akan mudah terpesong akidah kepada ajaran akidah yang salah dan sesat
2.      Umat Islam akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya luar yang melalaikan dan merosakkan
3.      Umat Islam tidak akan dihormati bahkan ditertawa dan dipandang hina oleh masyarakat bukan Islam
4.      Segala nilai-nilai akhlak dan sunnah Rasulullah akan dilupakan oleh generasi seterusnya kerana tiada lagi orang yang mengamalkannya
5.      Tidak  mempunyai pendirian yang teguh
6.      Melahirkan insan yang cepat kecewa dan tidak mahu berusaha
7.      Sering menimbulkan masalah kepada negara seperti rasuah dan menghisap dadah
8.      Akan melakukan  kerja yang sia-sia.