Saturday 20 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Konsep Perniagaan Dalam Islam

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan konsep perniagaan dalam Islam.
  2. Menerangkan galakan berniaga dalam Islam.
  3. Menyatakan ciri-ciri perniagaan yang dilarang dalam Islam
  4. Menyatakan adab dan etika dalam perniagaan Islam.
  5. Menyatakan prinsip asas :
i.            Jual beli dan tempahan.
ii.          Sewaan
iii.         Hutang dan pembiayaan.
iv.       Syarikat
v.         Takaful
vi.       Zakat harta dan perniagaan


  1. Menjelaskan tatacara penubuhan dan pengoperasian syarikat secara Islam.
  2. Mengamalkan prinsip-prinsip perniagaan secara Islam.

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
DEFINISI

   Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan
       Syed Sabiq pula mendefinisikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak

®    Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).

®    Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: 
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).



GALAKAN BERNIAGA
DALAM ISLAM.




 Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
ü   Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia.  Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW.
ü  Rasulullah  SAW  seorang ahli perniagaan yang berjaya. Rasulullah S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti Khuwailid RA ke negeri Syam.
ü  Rasulullah menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:
9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Riwayat Tirmizi).
ü   Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan  
               harta dan barangan yang diingini. Pensyariatan perniagaan ini
               adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia.
ü  Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia.
Firman Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275)
Maksudnya: “Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”.


CIRI-CIRI PERNIAGAAN
YANG DILARANG
DALAM ISLAM















®    Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
i.   Sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, 
membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
        ii.  Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
              dalam pelbagai cara dan bentuk seperti mencuri, merompak,
               menipu,  memperdaya, judi dan seumpamanya.
        iii. Penipuan dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan 
               tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan
               menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
           iv. Rasuah seperti dalam usaha mendapat projek dan peluang  
                pernigaan yang lebih luas.
            v. Memonopoli barangan (ihtikar).
            vi. Mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
            vii. Menjual buah-buahan yang masih di pokok.


ADAB DAN ETIKA
DALAM PERNIAGAAN
ISLAM.






































®    Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga.
1.    Amanah
       Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.
       Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur buah-buahan yang lama dengan yang baru dan menjualnya dengan harga yang sama nilai. Manakala pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya penjual tersilap memulangkan wang.
2.    Ihsan
       Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.
3.    Bekerjasama
       Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
4.    Tekun
       Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
5.    Menjauhi perkara yang haram
       Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.
6.    Melindungi penjual dan pembeli
       Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.
FAEDAH BERADAB DALAM BERNIAGA
v  Akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera
v  Tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual dan pembeli
v  Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
v  Mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah nabi
v  Mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.
v  Merapatkan hubungan silaturahim dan dihormati masyarakat
v  Meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam
CARA MEMPEROLEHI KEBERKATAN DALAM BERNIAGA 
  1. Membayar zakat perniagaan.
  2. Memberikan sumbangan untuk kebaikan agama/ Melakukan sedekah jariah
  3. 3. Jujur/ amanah sepanjang masa berniaga.


No comments: