Wednesday 10 September 2014

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Istiqamah

ISTIQAMAH

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :


  1. Menyatakan maksud istiqamah.
  2. Menjelaskan ciri-ciri istiqamah.
  3. Menerangkan akibat tidak beristiqamah.
  4. Sentiasa beristiqamah dalam kehidupan

MAKSUD ISTIQAMAH


®    Istiqamah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus menerus(termasuk urusan agama) - mengikut Kamus DBP
®    Menurut Istilah syarak: Istiqamah ialah tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam dan amal soleh

Firman Allah



 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah),  kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula berdukacita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal didalamnya, sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan”



CIRI-CIRI ISTIQAMAH

1.     Konsisten dalam berpegang teguh dengan akidah tauhid
2.     Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan atau larangan
3.     Konsisten dalam memperjuangkan keadilan, kebenaran serta menentang kezaliman dan penipuan

    

TAHAP-TAHAP ISTIQAMAH


Ada 3 tahap istiqamah yang perlu berlaku serentak :

1.    Istiqamah hati
-          Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga hati daripada sifat syirik , menjauhi sifat sifat btercela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata lain , istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.

2.    Istiqamah lisan
-          Memelihara lisan atau tutur kata supaya sentiasa bercakap benar dan jujur setepat kata hati yang berpegang pada prinsip  kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman,  berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran  dan hanya takut kepada Allah SWT

3.    Istiqamah perbuatan
-          Tekun bekerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah. Dengan kata  lain, istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa



AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH

AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH :

1.      Melahirkan manusia yang mudah berputus asa dan kecewa
2.      Tidak mencapai matlamat yang disasarkan
3.      Berleluasanya perkara –perkara mungkar

CARA MENGHAYATI  ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

1.      Melakukan kerja secara ikhlas kerana Allah
2.      Tidak berputus asa apabila menerima ujian daripada Allah SWT
3.      Mengamalkan konsep wasatiah dalam kehidupan