Saturday, 13 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Konsep Pahala, Dosa Dan Tuntutan Bertaubat

MEMAHAMI DAN KONSEP PAHALA DAN DOSA 


HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1.      Menyatakan pengertian pahala dan contoh
2.      Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh.
3.      Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.
4.      Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa.


PENGERTIAN PAHALA DAN DOSA.

Pahala : Ganjaran yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan  dan mentaati perintahNya. Contohnya : Mendapat pahala apabila menunaikan solat.

Dosa : Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.

Contohnya : Balasan dosa kerana  minum arak atau menderhakai ibu bapa

Pembahagian dosa beserta contoh

1. Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat. 

Contohnya :
a) Membunuh, minum arak dan mencuri. 
b) Menderhakai ibu bapa, mengumpat dan memakan riba

2. Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

Contohnya : Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara tidak berfaedah.

Kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa
  1. Bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan kebajikan.
  2. Takut melakukan perbuatan maksiat dan perkara jahat.
  3. Berusaha menambahkan ilmu untuk mengetahui perkara yang disuruh atau ditegah.
Amalan yang boleh menambahkan pahala dan menjauhi dosa
  1. Berbakti kepada ibu bapa dan guru.
  2. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakan.
  3. Melazimi istigfar.
  4. Menjauhi tempat-tempat yang terdapat unsur maksiat.
  5. Menjauhi rakan-rakan yang tidak berakhlak.