Friday, 19 September 2014

Bahagian Hafazan Semester 4 - Surah al-Qadr & Surah al-Alaq

HAFAZAN

STANDARD KANDUNGAN
HAFAZAN AYAT AL QURAN
Membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dan mengamalkannya dalam solat serta amalan harian.
STANDARD PEMBELAJARAN

Menghafaz dan mengamalkan surah-surah berikut:
i.         Surah al-‘Alaq
ii.       Surah al-Qadr
KRITERIA PENCAPAIAN

Menghafaz surah al-‘Alaq dengan betul , bertajwid dan lancar.




KRITERIA PENCAPAIAN
Menghafaz surah al-Qadr dengan betul , bertajwid dan lancar.






KRITERIA PENCAPAIAN
:   1.3.1.3

Mengamalkan surah-surah yang dihafaz di dalam solat dan amalan harian.







CADANGAN AKTIVITI

Amali

i.         Guru memperdengarkan  bacaan  kesemua surah di atas daripada video qari yang mahsyur
ii.       Menghafaz potongan ayat dalam kumpulan melalui kaedah talaqqi,musyafahah dan  tikrar.
iii.      Guru mentasmi’ kesemua ayat hafazan di atas secara individu.
iv.    Melazimi bacaan surah di atas dalam solat fardhu dan solat sunat.


CADANGAN PENTAKSIRAN

1.      Ujian hafazan dan tasmik

Skala penilaian :


Bil.

Aspek

Gred

Kriteria


1

Menghafaz ayat-ayat Quran :
  • Tajwid
  • Fasahah
  • Lancar

Cemerlang
(8-10)

Memenuhi kesemua kriteria berikut :
1.   Menghafaz ayat al-Quran dengan betul.
2.  Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
3.     Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar.

Kepujian
(4-7)
Memenuhi kriteria 1 dan 2
Memuaskan
(1-3)
Memenuhi  kriteria 1 sahaja