Sunday 29 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 2 - Sifat Khauf Dan Raja’



Semester 2 - AKHLAK
Sifat Khauf Dan Raja’
STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat khauf dan raja’

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  sifat khauf dan raja’

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan  maksud khauf dan raja’.
2.     Menyenaraikan ciri-ciri khauf dan raja’ berdasarkan syarak
3.     Menjelaskan kelebihan orang yang bersifat khauf dan raja’
4.     Menerangkan akibat  orang yang tidak bersifat khauf dan raja’
5.     Sentiasa mengamalkan sifat khauf dan raja’ dalam kehidupan

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan  maksud  khauf  dan raja’

1.     Khauf ialah perasaan bimbang, takut atau cemas akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia dan akhirat.
2.     Raja’ ialah mengharap rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya :
 
 (Surah al-Mukminun ayat 57-61)

  Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati Karena takut akan (azab) Tuhan mereka,  Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka,  Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun),  Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.”

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyenaraikan ciri-ciri khauf dan raja’ berdasarkan syarak

Antara ciri– ciri  khauf dan raja’ ialah:
1.     Berniat ikhlas dalam setiap perbuatan kerana Allah  SWT.
2.     Sentiasa berfikir positif dan berani menghadapi risiko yang menghalang.
3.     Mempunyai  sifat kental dan  tidak mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan
4.      Selalu bertawakkal kepada Allah setelah berusaha .
5.     Selalu berusaha meningkatkan diri
6.     Menggunakan  nikmat Allah untuk membantu mereka yang  memerlukannya

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kelebihan orang yang bersifat  Khauf dan Raja’.

1.     Sentiasa berusaha menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.    
2.     Sentiasa bermuhasabah diri
3.     Sentiasa berdoa memohon rahmat dan hidayah Allah

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat  orang yang tidak bersifat khauf dan raja’

1.     Mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
2.     Bersifat sombong dan takbur dengan kelebihan yang dimiliki
3.     Tidak berawakal kepada Allah

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan sifat khauf dan raja’ dalam kehidupan

1.     Taat kepada Allah dan Rasul
2.     Sentiasa rajin  menuntut ilmu
3.     Sentiasa yakin bahawa akan memberi ganjaran  setiap amalan kebaikan yang dilakukan

CADANGAN AKTIVITI
1.     Guru menerangkan maksud khauf dan raja’
2.     Penerangan  ciri-ciri khauf dan raja’
3.     Perbincangan kumpulan tentang akibat tidak mempunyai sifat khauf dan raja’
4.     Menulis diari kehidupan berasaskan kepada khauf dan raja’

CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Menerangkan maksud khauf dan raja’.
2.     Terangkan cara menjaga khauf dan raja’ melalui percakapan, pakaian dan pergaulan.
3.     Jelaskan kelebihan orang yang khauf dan raja’.
4.     Terangkan akibat orang yang tidak khauf dan raja’