Friday 21 February 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 2) - Bahagian Ibadah Semester 3

Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :

a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil

Persediaan sebelum berkahwin

Ciri-ciri Bakal suami dan Isteri

Ciri-ciri Umum
Ciri-ciri berdasarkan Hadis
Rasulullah s.a.w
- Beriman, bertaqwa, berilmu, bertimbang rasa dan bertanggungjawab
- Harta
- Keturunan
- Kecantikkan
- Agama

Merisik

a. Pengertian :

Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang

b. Hukum melihat bakal tunangan : disunatkan melihat muka dan tangan sahaja

c. Tujuan melihat :

i. Berpuas hati dengan pilihan
ii. Mengelakkan penipuan
iii. Terjamin kebahagiaan rumah tangga.

Meminang

a. Pengertian :

Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

b. Cara/lafaz yang digunakan :


i. Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar
ii. Kinayah/sindiran/kiasan – contoh menyunting

c. Hukum pemberian /hadiah :

Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat

d. Batas pergaulan dalam tempoh bertunang :

Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram

Rukun nikah dan syarat-syarat


Bil
Rukun
Syarat
1
Bakal suami
i.Islam
ii.Lelaki
iii.Tidak beristeri empat pada satu masa
iv.Bukan dalam ihram haji/umrah
v.Bukan muhrim
2
Bakal isteri
i.Islam / ahli kitab
ii.Perempuan
iii.Bukan isteri orang
iv.Bukan dalam idah raj’ie
v.Bukan dalam ihram haji/umrah
vi.Bukan muhrim
3
Wali
i.Islam
ii.Lelaki
iii.Baligh
iv.Berakal
v.Bukan dalam ihram haji/umrah
vi.Tidak ditegah daripada membelanjakan harta
vii.Merdeka
4
Saksi
i.Islam
ii.Dua orang lelaki
iii.Baligh
iv.Adil/tidak melakukan dosa besar
v.Memahami lafaz ijab dan kabul
vi.Sejahtera pancaindera
5
Ijab dan kabul
Ijab : lafaz yang diucapkan oleh wali.( “Aku nikahkan engkau dengan anakku ...........................................(nama pengantin perempuan)  dengan mas kahwin ............................. (kadar mahar) ringgit tunai”
Syarat:
i.            Dilafazkan oleh wali/wakil
ii.           Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
iii.         Bukan bahasa sindiran
iv.      Jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan saksi
v.       Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
Kabul : jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh bakal suami(“Aku terima nikahnya ............................................. (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinnya ........ (kadar mahar) ringgit tunai”)
Syarat:
i.Tidak menyalahi ijab
ii.Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
iii.Dilafazkan oleh bakal suami/wakil
iv.Menyebut nama bakal isteri/ganti namanya
v.Tidak dengan lafaz taklik
vi.Tidak dibataskan tempoh masa.

Wali nikah

a. Pengertian : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan

b. Bahagian :

i. Wali Nasab/Keturunan
ii. Wali Hakim: mereka yang diberi kuasa oleh sultan/pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keenganannya atau hilang kelayakan.

Susunan wali

i.Bapa
ii.Datuk
iii.Adik-beradik lelaki seibu sebapa
iv.Adik-beradik lelaki sebapa
v.Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa dan ke atas
vi.Anak saudara lelaki daripada adik-beradik sebapa dan ke atas
vii.Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
viii.Bapa saudara sebapa (sebelah bapa)
ix.Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan kebawah
x.Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa
xi.Wali hakim

Sebab-sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim

i.Tiada wali nasab
ii.Wali tidak dapat dikesan/ dipastikan masih hidup/mati.
iii.Wali tinggal jauh
iv.Wali dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v.Wali dalam ihram haji/umrah
vi.Wali meyembunyikan diri
vii.Wali setaraf bergaduh
viii.Wali sendiri yang ingin berkahwin dengan perempuan tersebut
ix.Wali enggan

Saksi

a. Peranan :

i.Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian
ii.Menjamin pernikahan itu sah
iii.Memuliakan perkahwinan
iv.Mengelakkan fitnah