KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
OBJEKTIF
- Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
- Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian.
KANDUNGAN
- Pengertian akhlak bahasa dan istilah
- Pengertian akhlak menurut Islam
- Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam
- Perbezaan di antara akhlak dan moral
- Akhlak yang agung akhlak Al-Quran
- Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat
- Ciri-ciri akhlak Islamiyyah
PENGERTIAN
AKHLAK
Menurut
bahasa:
Perkataan
akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada
perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah,
adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq)
ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan
bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam:4)
Sementara
perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang
indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur
tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam
semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi,
menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan
(al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia,
alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa
taaala:
Sesungguhnya
di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera
yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi
sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh
(terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang
mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami,
tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka
peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)
Menurut
istilah:
Antara
definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang
dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang
terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah
melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:
akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan
perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal,
perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar
perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
PENGERTIAN
AKHLAK MENURUT ISLAM
Islam
mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam
menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang
menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu
akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat
neraca timbangannya.
Apabila
melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti
berikut:
Satu
ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi
mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan
mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa
berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan
sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku
perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan
kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup
antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam
interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia
dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
SKOP
DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM
Dalam
hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan
buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku
dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan
buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang
menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau
palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat
hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan
kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula
yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan
kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula
golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat
zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih
menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan
pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami
akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat
dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh
manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu
matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau
perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang
dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah
yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Persoalan-persoalan
inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan
tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan
oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba
menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan
jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.
Jelaslah
bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan
manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut
dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada
manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik
jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah
boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.
Segala
tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak.
Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial,
ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang
diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di
dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Jadi
bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang
dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
- Dilakukan dengan sedar dan niat.
- Dilakukan denganikhtiar sendiri.
- Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.
PERBEZAAN
DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL
Menurut
istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak
kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan
perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah
yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak,
pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau
buruk.
Manakala
perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang
juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah
ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur
tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia
merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan
kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada
sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu.
Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin
berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut
dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti
perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif
dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program
hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu
akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah,
membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian
di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya
masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan
pengaruh-pengaruh sifat negatif.
Oleh
kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang
ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah
Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika
dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu
ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk
mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah
menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:
- Beriman kepada Allah
- Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah
- Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya
- Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
- Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
- Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
- Keadilan syara
- Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Demikianlah
beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi
seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada
kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan
tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh
Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip
tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati
dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah
yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin
menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.
Sekarang
dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan
hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk.
Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam
menilai perbuatan manusia menurut
ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral
dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.
AKHLAK
YANG AGUNG
Bagi
seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang
terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah
hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah
subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
Dan
sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)
Dasar
akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah
yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan
dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun
rohani.
Untuk
mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan
manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan
akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang
boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini.
Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik
alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah
mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi
dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang
dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk
satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh
manusia.
KESYUMULAN
AKHLAK ISLAM
Ciri
khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua
aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang
berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada
suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan
akhlak Islam.
Kesyumulan
akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan
manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia.
Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian
ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi
aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk
memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di
sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah
yang sahih dan syumul.
Sedangkan
sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak
dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.
Besarnya
kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:
Sesunguhnya
aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Wahai
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak
yang baik.
Sesungguhnya
orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.
CIRI-CIRI
AKHLAK ISLAMIYYAH
Antara
cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
- Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.
- Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.
- Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
- Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
- Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.
- Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.
BAHAN RUJUKAN
1.
ILHAM Bahan kendiri PJJ
SOALAN-SOALAN
PERBINCANGAN
1. Jelaskan pengertian akhlak menurut
pandangan Islam.
2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan
berikan contohnya?