Thursday, 20 February 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 1) - Bahagian Ibadah Semester 3

MUNAKAHAT/ PERKAHWINAN

Konsep Perkahwinan Dalam Islam:

Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup.Mereka memerlukan keluarga untuk mendapatkan zuriat.Oleh itu, Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak fitrah mereka.


a.Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
b.Mendapatkan zuriat yang soleh
c.Memupuk sikap tanggungjawab


Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan

Hukum Perkahwinan

Hukum
Keterangan
Harus
Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya
Wajib
Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
Sunat
Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
Makruh
Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
Haram
Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.

Hikmah Perkahwinan


a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b.Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c.Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d.Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan

a.Iman dan takwa
b.Kasih sayang dan kasihan belas
c.Pergaulan yang baik