Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur,
sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah
haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan
juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib
dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat
itu muhsin.Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama
setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan
nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan
faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan
sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan
wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan
dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman takzir.Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan
kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak
untuk membuktikan zina.
PENGERTIAN DAN HUKUM ONANI DALAM ISLAM
Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi
lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala
bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang
diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.
Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar
perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil
mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan
kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.
Sedang orang yang onani adalah melepaskan
syahwatnya itu bukan pada tempatnya.darahnya yang bergelora itu menurun. Cara
semacam ini sekarang juga dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta’
atau adatus sirriyah). Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia
menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu
menjadi tenang .Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang
lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan
tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya
kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak
tercela.Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah
orang-orang yang melewati batas.”
(Al-Mu’minun: 5-7)
Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari
atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan
pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.
Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu
bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa.
Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut :الضرورات تبيح
المحظورات
“ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).
“ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).
Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn
Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan
oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam
perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak
dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).Adapun apabila
melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya
maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang
keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri
dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina. Namun apabila
syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan
tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat
demi mencegah zina.
Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara
yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :
Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.
Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.
Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.
Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup
sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram
kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.
Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan
desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau
apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan
sengaja atau berniat mencari keseronokkan.
Firman Allah “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah
semampu kamu” (surah : at-Taghabun :16).
Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian.Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.
Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian.Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.
Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara
mutlak.
Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani
secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud
yang baginda pernah bersabda :
“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu
dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat
menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa
yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu
satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim
no. 3389 Nasaie dan Ahmad).
Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan
yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk
sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu
dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi
ulama-ulama Hanafiah memberikan batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
- Kerana takut berbuat zina.
- Kerana tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita
ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan
jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja
di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya
terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa
menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan
supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah
seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak
mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat
mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa
dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa
seorang mu’min.