Wednesday 26 February 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 6) - Bahagian Ibadah Semester 3

TALAK

a. Pengertian :
  1. Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan
  2. Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
b. Hukum talak:

Hukum
Huraian
Harus
hukum asal
Wajib
apabila tidak dapat melaksanakan kewajipan atau melakukan kezaliman
Sunat
isteri memiliki akhlak yang buruk
Haram
dilafazkan pada waktu haram iaitu ketika isteri sedang haid/hamil/nifas atau bertujuan untuk menganiaya
Makruh
menceraikan isteri tanpa sebab atau isteri yang solehah.

c. Rukun dan syarat talak :

Rukun
Syarat
Suami
Berakal, baligh dan kemahuan sendiri
Isteri
Isteri yang sah dan masih milik suami
Lafaz
Mempunyai maksud cerai
Terbahagi kepada dua jenis :
i.Lafaz soreh (jelas) – menggunakan perkataan talak/cerai.
Contoh : Aku ceraikan engkau
ii.Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami.
Contoh: Aku bebaskan engkau

d. Hikmah talak.
  1. Memberi peluang memulakan hidup baru
  2. Sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri
  3. Mengurangkan tekanan perasaan
  4. Menyedarkan tentang kepentingan menghayati Islam.
e. Jenis-jenis talak

Aspek
Jenis
Hukum
i.Talak Sunni – yang sesuai dengan peraturan syarak:
- Talak satu dan dua ketika isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi
ii.Talak Bid’ie – menyalahi peraturan syarak
-Talak tiga sekali gus
-Atau ketika isteri dalam haid/nifas
-Atau suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi


Kesan
i.Talak Raji’e – talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam masa iddah
ii.Talak Bain – talak yang tidak boleh dirujuk.
Terbahagi kepada dua :
a.Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah semula
- Contohnya : khuluk, fasakh, ila’, talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh.
b.Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.


f. Talak taklik : talak bersyarat

  1. Taklik biasa : Suami berkata kepada isteri “Jika engkau keluar rumah maka engkau tertalak dengan talak satu”
  2. Taklik khuluk : suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad nikah baru.