SALAHUDDIN AL-AYUBI
Nama sebenar beliau adalah
Yusuf Bin Najmuddin Ayyub . Beliau di lahirkan pada tahun 543H, atau 1138m, di
kota Tarkit (Iraq) iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris terlatek diantara Monsul dan Bagdad. Ayahnya,bernama
Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin
Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.
Selain sebagai, panglima perang, beliau adalah
pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa
Arab.Selepas datuk Salahuddin berpindah ke Bagdad, ayahnya dilantik menjadi gabenor
di Tikrit dan bapa saudaranya, Asadudin di lantik
menjadi panglima perang.
Semenjak kecil Salahuddin
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan seperti seni
peperangan,menunggang kuda serta seni menpertahankan diri yang di ajar oleh
bapa saudarnya, Asadudin seorang paglima perang kepada sultan Ad-din.Disamping
itu, ayahnya sangat menekankan ilmu keagamaan dan mendekatkan diri pada Allah.
Semasa kecil hingga meningkat
remaja, kehidupan Salahuddin sama seperti kanak-kanak lain, dan tiada
tanda-tanda yang beliau bakal merampas Baitul Maqdis dari tangan kristian yang
menguasainya hampir 800 tahun.
Kerjayanya
bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia
diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh
kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat
hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Apabila Salahudin
sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi
tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan
Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan
dunia.
ANTARA CIRI KEPERIBADIAN SALAHUDDIN AL- AYYUBI
1.Tidak Bangga Diri – sifat ini telah wujud
dalam dirinya Salahuddin al-ayubi semenjak beliau kecil lagi. ini kerana hasil
sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah Salahuddin
al-ayyubi kepada beliau.
Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli
sejarah ingggeris yang menulis mengenai salahudin mencatatkan “ sebagai anak
kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa
tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba
tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi
kelesuan pemikiran golongan bangsawan”
2.Memiliki Visi Dan Misi
Yang Jelas - Salahuddin bercita-cita
mahu menawan semula baitul maqdia dari tangan tentera salib yang mengusai Baitul Maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau merancang menguatkan tentra Islam
dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu ketenteraan serta persiapan
perang. Dari segi kerohanian pula Salahuddin sangat menitikan beratkan soal
soal agama kepada tenteranya . serta menyatupadukan semua
panduduk Islam terlebih dahulu sebelum memulakan visinya mahu menawan salah
satu tempat suci umat islam itulah Baitul Maqdis.
3. Mampu Lakukan Semua
Tugas - Salahuddin al-ayyubi
bukanya jenis pemipin yang hanya tahu mengarahkan orang bawahanya melakukan
semua tugas tetapi seorang pemimpin yang sanggup turun padang sendiri dan
bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas .contohnya , Salahuddin al-Ayubbi
sendiri menyamar sebagai penduduk kampong dalam ushanya mendapatkan maklumat
untuk menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik pagawai
tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan
maklumat.
4. Bijak
Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helah – Salahudin al-Ayyubi
selalu mengikut cara nabi Muhammad S.W.A berperang dalam semua misi
peperangan. Ini salah satu factor kejayaan peperangan yang dilakukan oleh
sultan Salhuddin al-Ayyubi. Contohnya Salahuddin al-Ayyubi menggunakan
jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke medan
peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan musuh .
5. Sentisa Patuh Pada
Ajaran Agama Islam- Salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah rasullah seperti, sentisa berpuasa
dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat menitik bertakan ajran
Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima muluk
mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan
air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian kerana islam
tidak membenrkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk
islam lain yang turut menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang
panglima perangnya menggunakan rasuah dalam misi menawan sesebuah Negara.
6.Sentisa Berbincang
Dengan Orang Bawah - Salahuddin sentisa mendengar pandangan dan
berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth:
ketika misi penawan bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin
berbincang dengan ketua2 pasukan tentera islam berkaitan strategi yang
akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan dengan lain bila memerlukan bantuan
, untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di jalankan .
7. Tidak mudah putus
asa - contonya semasa misi penawanan tawan benteng khusnul ahzan
, tentera Salahuddin bagi tahu beliau sukar untuk menawan
benteng yang terlalu kukuh n di kawan rapi oleh tentraa salib. Pelbagi
usaha yang telah dilakukan namun masih gagal menawan benteng tersebut.
Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belaiu
menyamar untuk dapat kan mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di sekitar
kampung yang berhampiran untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan
tentera islam berjaya menawan benteng tersebut.
8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi Salahuddin dah ada cita cita yang besar untuk merampas kembali kota suci Baitul Maqdis dari tangan kristian.
9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’
dan bersedarhana dalam kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya ,
ketika Salahuddin al-ayyubi menghembuskan nafas terakhir diceritakan
hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 dirham , yang tidak cukup untuk kos
pengebumian beliau.
10.Tidak Leka Dengan Pujian – Salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian
dan sanjugan atas kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib
tetapi beliau tidak pernah leka dengan pujian tersebut, bahkan Salahuddin
sentiasa meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan peperangan dalam
misi menwan Jerusalem.
KEGIGIHAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI MENUNTUT ILMU
Salahuddin
al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan.Keilmuan al-Ayyubi terserlah
sejak dia kanak-kanak.Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan
mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka.Bahkan dia mengetahui sifat
kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq.Di samping al-Quran, dia banyak
menghafal syair Arab.
Salahuddin
mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad
dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah.Kerana terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia tidak sempat mengerjakan ibadah haji walaupun dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan haji.
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah.Kerana terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia tidak sempat mengerjakan ibadah haji walaupun dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan haji.
Salahuddin
amat mementingkan ilmu pengetahuan.Dia sendiri mengajarkan pelajaran akidah
kepada anak-anaknya.Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia dan sastera.Dia
mampu memberikan kritkan terhadap syair-syair yang dibacakan di hadapannya. Dia
berpesan kepada para pengawalnya agar menjemput masuk para ilmuwan dan ahli
tasawuf yang melintas ke dalam khemahnya kerana kasihnya dia akan golongan ini.
Dikatakan
Salahuddin tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali dalam 3 hari
terakhir hayatnya kerana dia tidak sedarkan diri.
Raja
Salahuddin Al-Ayyubi tidak punya harta.Sebab itu dia tidak pernah mengeluarkan
zakat, kerana memang tidak punya harta untuk dizakatkan.Raja besar ini juga
mati dalam keadaan tidak punya harta. Pernah suatu ketika Salahuddin menegaskan
: “Mungkin ada dalam kalangan manusia, orang yang melihat harta dan tanah sama
sahaja baginya.” Menurut Ibnu Syaddad, kata-kata ini sebenarnya ditujukan
kepada dirinya sendiri.