Sunday 29 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 2 - Menjaga Kemudahan Awam



Semester 2 - AKHLAK
Menjaga Kemudahan Awam
STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan menjaga kemudahan  awam.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  adab  menjaga kemudahan awam

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan  maksud  kemudahan awam dan contoh.
2.     Menjelaskan kepentingan kemudahan awam.
3.     Menyenaraikan adab menjaga kemudahan awam.
4.     Menjelaskan akibat penyalahgunaan kemudahan awam
5.     Sentiasa mengamalkan adab menjaga kemudahan awam

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan  maksud  kemudahan awam dan contoh
Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon awam, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kepentingan kemudahan awam
 
1.     Memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu 
2.     Menjamin kesejahteraan hidup
3.     Negara akan dapat menarik pelancung
4.     Membantu ketika kecemasan

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyenaraikan adab menjaga kemudahan awam
 
1.     Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan
2.     Bertimbang rasa dengan pengguna lain
3.     Melaporkan kerosakan kepada pihak yang bertanggungjawab
4.     Bertanggungjawab terhadap keselamatan  kemudahan awam.
5.     Gunakan keperluan tanpa pembaziran

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan akibat penyalahgunaan kemudahan awam
 
1.     Menjatuhkan imej dan nama baik negara di mata luar /dunia
2.     Menjatuhkan maruah masyarakat dan negara
3.     Menyusahkan orang lain yang memerlukan kemudahan tersebut
4.     Merugikan wang negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan
5.     Menjadikan suasana politik kurang stabil

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan adab menjaga kemudahan awam.
 
1.     Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik-baiknya
2.     Melaporkan kepada pihak yang berkenaan jika berlaku kerosakkan.
3.     Sentiasa menasihati rakan agar tidak merosakkan  kemudahan awam.

CADANGAN AKTIVITI
1.     Guru memberi penerangan tentang maksud kemudahan awam
2.     Sumbangsaran mengenai contoh-contoh kemudahan awam yang ada di sekitar mereka  dan cara penggunaannya.         
3.     Menayangkan  iklan-iklan adab penggunaan kemudahan awam 
4.     Menulis esei ringkas tentang adab menggunakan kemudahan awam.
5.     Melukis poster tentang kempen adab menggunakan kemudahan awam.