Monday, 16 September 2013

Bahagian Tamadun Islam Semester 1 - Penyebaran Islam Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin

Semester 1 - Tamadun Islam
Penyebaran Islam Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin


STANDARD KANDUNGAN :
Pemerintahan Zaman Khulafa’ al Rasyidin, Prinsip Pemerintahan dan Penyebaran Islam
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.    Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.
2.    Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
3.    Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin
MASA :
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan tentang faktor-faktor penyebaran Islam Zaman Khulafa’ al-Rasyidin.
1.       Ketegasan khalifah dalam mempertahankan kesucian Islam.
   Contoh : Tindakan Khalifah Abu Bakar memerangi golongan murtad dan nabi palsu selepas Rasulullah wafat.
2.    Corak kepimpinan khalifah yang berpandukan al-Quran dan Hadis. Contoh  : Pelaksanaan hukum hudud menepati perintah Allah.
3.     Usaha pengumpulan dan pembukuan al-Quran.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan strategi penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
1.              Perluasan wilayah melalui pembebasan negeri-negeri taklukan Rom dan Parsi.
2.             Mengutus gabenor dan pendakwah untuk mengembangkan Islam.
3.              Melakukan pembaharuan dalam pentadbiran.
Menubuhkan Majlis Syura
Menubuhkan Jabatan
Pentadbiran Wilayah
4.               Keindahan dan tarikan ajaran Islam.
Menghapuskan perhambaan
Mengiktiraf kedudukan wanita
Keadilan undang2 Islam
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan impak penyebaran Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin
Aqidah :
Kehidupan mereka berpandukan aqidah yang benar dan bersih daripada amalan khurafat dan bidaah.
Merealisasikan tuntutan Islam melalui perkataan dan perbuatan.
 
Politik :
Melaksanakan keputusan berdasarkan Majlis Syura.
Penyebaran dakwah dilakukan oleh individu dan kerajaan.
Ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam kehidupan.
 
Sosial :
Cara hidup berdasarkan syariat Islam.
Golongan miskin sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin.
Semua rakyat samada Islam atau bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agamanya.
 
Ekonomi :
Pendakwah diberikan imbuhan sebagai galakan menyebarkan Islam.
CADANGAN AKTIVITI
Kajian perpustakaan.
Perbincangan berkumpulan berdasarkan bahan edaran.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Menyenaraikan faktor-faktor penyebaran Islam di zaman Khulafak Ar Rashidin.
2.     Menyebut strategi penyebaran Islam di zaman Khulafak Ar Rashidin
3.     Menjelaskan impak perkembangan Islam di zaman Khulafak Ar Rashidin dari sudut akidah, politik, social dan ekonomi.
4.      Mengarang cerita pendek / sajak / pantun tentang Khulafak Ar Rashidin.
5.      Teka teki / kuiz