Tuesday, 24 September 2013

Bahagian Hadis Semester 4 - Rasuah


Semester 4 - Hadis
Rasuah


STANDARD KANDUNGAN :
Membaca dan memahami Hadis
 
STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca, memahami dan mengamalkan tuntutan hadis tentang menjauhi rasuah.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :

1.     Membaca hadis dengan betul.

2.     Menyatakan terjemahan hadis.

3.     Menjelaskan maksud rasuah.

4.     Menyatakan contoh-contoh rasuah.

5.     Menjelaskan keburukan rasuah kepada diri, masyarakat dan negara.

6.     Menyenaraikan cara-cara menjauhi rasuah.

7.     Menjelaskan pengajaran hadis.

8.     Sentiasa amanah dalam kehidupan.

 MASA :
120 minit

KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca hadis dengan betul.



KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan terjemahan hadis.

Daripada Abu Hurairah RA, berkata, bersabda Rasulullah SAW: Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan.

Diriwayatkan oleh Ahmad.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan maksud rasuah.

1.    Maksud rasuah ialah apa yang diberikan oleh seseorang untuk menjadikan undang-undang itu berpihak kepadanya, atau berjalan mengikut kehendaknya.

2.    Rasuah terjadi apabila seseorang itu memberikan sesuatu samaada berbentuk barangan atau perkhidmatan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan contoh-contoh rasuah.

1.    Contoh pemberi rasuah: Apabila ditahan oleh polis, maka yang bersalah ingin melepaskan diri dengan memberi sedikit wang untuk tujuan itu.

2.    Contoh penerima rasuah: Apabila mereka ingin meluluskan sesuatu projek, maka mereka meminta rasuah atau rela diberi sesuatu imbuhan daripada pemohon. 
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan keburukan rasuah kepada diri, masyarakat dan negara.

Diri :

1.     Mendapat laknat daripada Allah SWT.

2.     Mendapat azab di akhirat.

3.     Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat.

Masyarakat:

1.     Masyarakat hidup dalam keadaan mundur, tertindas dan dizalimi.

2.     Masyarakat menjadi huru hara dan tidak bermoral.

3.     Kes jenayah semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

4.     Masyarakat hidup dalam ketakutan.

Negara:

1.     Maruah negara runtuh di mata dunia dan dipandang rendah oleh negara lain.

2.     Ekonomi negara menjadi mundur.

3.     Pelabur luar tidak berminat melabur dalam negara.

4.     Boleh membahyakan keselamatan negara.

5.    Pembangunan negara terbantut kerana projek-projek yang dijalankan tidak berkualiti.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyenaraikan cara-cara menjauhi rasuah.

1.     Mendalami ilmu agama dengan belajar bersungguh-sungguh.

2.     Melaporkan sebarang aktiviti rasuah kepada pihak berkuasa.

3.     Sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa.

4.    Meningkatkan keimanan dengan menyakini bahawa pelaku rasuah akan diazab di akhirat kelak.

5.    Sentiasa berakhlak mahmudah dalam setiap tindakan.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan pengajaran hadis.

1.     Amalan rasuah adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah.

2.    Pemberi dan penerima rasuah akan diazab oleh Allah SWT di akhirat  kelak sekiranya tidak bertaubat.

3.     Rasuah mendatangkan kesan buruk kepada diri, masyarakat dan negara.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Sentiasa amanah dalam kehidupan.

1.    Kita hendaklah sentiasa berakhlak dengan akhlak mahmudah setiap masa.

2.    Kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan sekolah atau rumah.

3.    Sentiasa menepati masa menghadiri kelas atau aktiviti sekolah.

4.     Sentiasa mematuhi undang dan peraturan sekolah.
 
CADANGAN AKTIVITI :

1.     Guru memperdengarkan hadis.

2.     Murid membaca hadis dengan bimbingan guru.

3.     Guru menterjemahkan matan hadis.

4.     Membuat perbincangan kumpulan dan pembentangan berkaitan keburukan dan cara –cara menjauhkan diri daripada amalan rasuah.

5.     Menyediakan buku skrap berkaiatan kes-kes rasuah yang berlaku di Malaysia.

CADANGAN PENTAKSIRAN :

1.     Nyatakan maksud rasuah.

2.     Jelaskan tiga keburukan rasuah.

3.     Jelaskan tiga cara menjauhkan amalan rasuah.

4.     Berikan satu cadangan membanteras amalan rasuah.