Sunday, 15 September 2013

Bahagian Ibadah Semester 1 - Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah

Semester  1 - Ibadah
Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah
STANDARD KANDUNGAN :
Memahami dan menjelaskan hukum-hukum Islam dalam bidang ibadah
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan tentang isu-isu dalam pelaksanaan ibadah
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.          Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan:
i.       Bersuci
ii.     Solat
iii.  Puasa.
2.     Menerangkan cara penyelesaian isu-isu dalam pelaksanaan ibadah.
3.     Melaksanakan solat dalam apa juga keadaan.
MASA :
40
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan:
i.                     Bersuci
ii.                   Solat
iii.                Puasa.
1.     Bersuci
a)     Tangan dan anggota dilumuri dengan minyak atau cat.
b)    Pakaian yang terkena lumpur atau tanah.
c)     Anggota dan pakaian terkena baja daripada najis binatang.
2.     Solat
a)       Meninggalkan solat kerana pakaian dan tempat yang tidak selesa.
3.     Puasa
a)     Bekerja dan penat dijadikan alasan untuk tidak perpuasa.
KRITERIA PENCAPAIAN :
2.       Menerangkan cara penyelesaian isu-isu dalam pelaksanaan ibadah.
1.     Bersuci
a)     Membersihkan tangan dan anggota wudhuk daripada minyak , cat atau apa-apa yang menghalang air wudhuk, kemudian berwudhuk dengan sempurna.
b)    Pakaian yang terkena lumpur atau tanah masih boleh digunakan untuk solat, kerana ia bukan najis.
c)      Membersihkan anggota daripada daripada najis binatang dan menggunakan pakaian yang suci untuk solat.
2.     Solat
a)    Solat tetap wajib dilakukan walau apa cara sekalipun, asalkan tempat, pakaian dan anggota bebas daripada najis.
3.      Puasa
a)     Hanya kerja berat yang dibenarkan sahaja dibolehkan untuk meninggalkan puasa.
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.    Melaksanakan solat dalam apa juga keadaan.
a)     Segera mendirikan solat apabila masuk waktu solat.
b)    Mengingatkan rakan untuk mendirikan solat bersama.
CADANGAN AKTIVITI
a)      Sumbang saran contoh-contoh hukum.
b)     Soal jawab maksud hukum-hakam dalam Islam.
CADANGAN PENTAKSIRAN
a)    Senaraikan hukum-hukum dalam Islam berserta contoh.
b)    Terangkan pengertian hukum wajib.
c)   Jelaskan perbezaan antara wajib dan sunat.
d)  Senaraikan keistimewaan Syariat Islamiah.