Semester 1 - Ibadah
Sembelihan,
Korban Dan Akikah
STANDARD
KANDUNGAN :
|
Memahami
dan menjelaskan hukum-hukum Islam dalam bidang ibadah
|
|
STANDARD
PEMBELAJARAN:
|
Menjelaskan
tentang sembelihan, korban dan akikah
|
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
1. Menyatakan
maksud sembelihan, korban dan akikah.
2. Menyenaraikan
rukun dan syarat sah sembelihan.
3. Menyenaraikan
perkara sunat dan makruh sembelihan.
4. Menyenaraikan
syarat sah korban dan akikah
5. Menjelaskan
cara pengagihan dan pemberian daging korban dan akikah.
6. Menunjuk
cara sembelihan yang betul.
7. Mengamalkan
sifat-sifat ihsan dalam sembelihan.
|
|
MASA
:
|
40
|
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyatakan
maksud sembelihan, korban dan akikah.
|
|
Sembelihan
|
Menghilangkan
nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat
mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
|
|
Korban
|
Menyembelih
binatang ternakan (al an’am) yang dilakukan pada hari aidul adha atau
hari-hari tasysik dengan tujuan beribadat kepada Allah.
|
|
Akikah
|
Menyembelih
binatang ternakan (al an’am) yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang
baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
|
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyenaraikan
rukun dan syarat sah sembelihan.
|
|
Rukun Sembelihan :
a)
Penyembelih
b)
Binatang yang disembelih
c)
Alat untuk menyembelih
|
||
Syarat sah sembelihan
:
a)
Penyembelih beragama Islam
b)
Binatang halal dimakan
c)
Mati dengan sekali sembelihan
d)
Putus urat halkum dan mari’
e)
Alat sembelihan alat yang tajam
kecuali gigi, kuku, tulang , rambut dan tali.
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyenaraikan
perkara sunat dan makruh sembelihan.
|
|
Perkara sunat
sembelihan :
a) Menyebut nama Allah seperti lafaz
Bismillah, Allahu akbar atau berselawat.
b) Menyembelih bahagian pangkal
leher dengan memutuskan kedua-dua urat kanan dan kiri (al wajadain )
c) Menghadapkan binatang kea rah
kiblat dengan membaringkan sebelah rusuk kiri. (kecuali unta disembelih dalam
keadaan berdiri.)
d)
Menggunakan alat sembelih yang
tajam.
e)
Melakukan sembelihan di siang
hari.
|
||
Perkara makruh
sembelihan :
a)
Menggunakan alat yang tumpul.
b)
Menampakkan alat senbelihan
kepada binatang.
c)
Mematahkan leher binatang.
d)
Tidak menyebut nama Allah seperti
bismillah
e)
Melakukan sembelihan dihadapan
binatang lain yang akan disembelih.
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyenaraikan
syarat sah korban dan akikah.
|
|
Syarat sah korban:
a)
Binatang yang cukup umur
b)
Binatang yang sihat dan tidak
cacat
c)
Hendaklah disembelih dalam waktu
ditetapkan.
d)
Diniatkan korban ketika
menyembelih.
e)
Disembelih oleh orang Islam.
f)
Binatang yang halal dimakan (al
an’am)
|
||
Syarat sah akikah :
a)
Binatang yang cukup umur
b)
Binatang yang sihat dan tidak
cacat
c)
Diniatkan akikah ketika
menyembelih.
d)
Disembelih oleh orang Islam.
e)
Binatang yang halal dimakan (al
an’am)
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menjelaskan
cara pengagihan dan pemberian daging korban dan akikah.
|
|
Sebaik-baiknya daging
korban dibahagikan seperti berikut:
a)
1/3 disedekahkan kepada fakir
miskin.
b)
1/3 untuk orang ramai.
c)
1/3 untuk orang yang berkorban.
*Daging
korban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar.
|
||
Daging sembelihan
akikah tidak wajib disedekahkan kepada orang fakir miskin, bagaimanapun
daging itu sunat dimasak manis dan dibuat jamuan.
Sebaiknya
tulang binatang tidak dipatah-patahkan.
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menunjuk
cara sembelihan yang betul.
|
|
Guru
menunjukkan cara sembelihan yang betul dengan menggunakan tayangan video
sembelihan atau patung atau haiwan sebenar.
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Mengamalkan
sifat-sifat ihsan dalam sembelihan.
|
|
1.
Memastikan alat sembelihan alat yang tajam
2.
Tidak berlaku kasar terhadap
binatang.
|
||
CADANGAN
AKTIVITI
|
||
a) Sumbang
saran contoh-contoh hukum.
|
||
b) Soal
jawab maksud hukum-hakam dalam Islam.
|
||
CADANGAN PENTAKSIRAN
|
||
a) Senaraikan
hukum-hukum dalam Islam berserta contoh.
|
||
b) Terangkan
pengertian hukum wajib.
|
||
c) Jelaskan
perbezaan antara wajib dan sunat.
|
||
d) Senaraikan
keistimewaan Syariat Islamiah.
|