Semester 2 - AKIDAH
Konsep Pahala, Dosa Dan Tuntutan Bertaubat
STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep
pahala, dosa dan tuntutan bertaubat
STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep pahala dan dosa.
KRITERIA PENCAPAIAN
1.
Menyatakan
pengertian pahala dan contoh
2.
Menjelaskan
pembahagian dosa beserta contoh.
3.
Menjelaskan kesan
beriman dengan konsep pahala dan dosa.
4.
Berusaha
menambahkan pahala dan menjauhi dosa.
MASA
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan
pengertian pahala dan contoh
Ganjaran
yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan dan mentaati perintahNya.
Contohnya
: Mendapat pahala apabila menunaikan solat
Balasan
buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya
Contohnya
: Balasan dosa kerana minum arak atau
menderhakai ibu bapa
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan
pembahagian dosa beserta contoh
1.
Dosa
besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab
di akhirat.
Contohnya : Membunuh,
minum arak dan mencuri
Menderhakai ibu bapa, mengumpat dan memakan
riba
2.
Dosa
kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia
atau amaran azab di akhirat
Contohnya : Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara
tidak berfaedah.
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan
beriman dengan konsep pahala dan dosa.
1. Bersungguh-sungguh
melakukan amal ibadah dan kebajikan.
2. Takut melakukan
perbuatan maksiat dan perkara jahat.
3. Berusaha menambahkan
ilmu untuk mengetahui perkara yang disuruh atau yang ditegah.
KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha
menambahkan pahala dan menjauhi dosa.
1. Berbakti kepada
ibu bapa dan guru.
2. Sentiasa
menghulurkan bantuan kepada rakan.
3. Melazimi
istigfar.
4. Menjauhi
tempat-tempat yang terdapat unsur maksiat.
5. Menjauhi
rakan-rakan yang tidak berakhlak.
CADANGAN AKTIVITI
1.
Penerangan
guru mengenai pengertian pahala dan dosa serta pembahagiannya.
2.
Sumbang
saran contoh-contoh pahala dan dosa.
3.
Menyediakan
folio berkaitan pembahagian dosa dan contoh-contoh yang sering dilakukan oleh
remaja masa kini.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1. Nyatakan pengertian pahala dan berikan contoh.
2.
Jelaskan
pembahagian dosa beserta contoh.
3.
Jelaskan kesan
beriman dengan konsep pahala dan dosa.