Saturday, 28 September 2013

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Tuntutan Taubat



Semester 2 - AKIDAH
Menjelaskan Tuntutan Taubat


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan tuntutan taubat

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian taubat.

2.     Menjelaskan syarat-syarat taubat.

3.     Menjelaskan hikmah taubat.

4.     Melafazkan istighfar dengan betul.

5.     Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian taubat.

 
Maksunya: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya..

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan syarat-syarat taubat.

1.     Menyesal terhadap dosa yang dilakukan.

2.     Berhenti melakukan dosa.

3.     Berazam tidak akan mengulanginya.

4.     Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan hikmah taubat.

1.     Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kepada Allah SWT.

2.     Memberi ketenagan hati setelah bertaubat.

3.     Mendapat keampunan dosa dan petunjuk Allah SWT.

4.     Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

5.     Akan dikasihi oleh Allah SWT.

6.     Mengembalikan ikatan silaturahim sesama manusia.

KRITERIA PENCAPAIAN
Melafazkan istighfar dengan betul.

Membaca lafaz:

  
KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

1.     Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara dosa.

2.     Mengamalkan istighfar dan taubat dalam kehidupan.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan mengenai konsep taubat.

2.     Bercerita mengenai kisah individu yang bertaubat.

3.     Menasyidkan lagu istighfar beramai-ramai.

4.     Menunaikan solat sunat taubat di surau atau musolla.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian taubat.

2.     Jelaskan empat syarat-syarat taubat.

3.     Jelaskan dua hikmah taubat.

4.     Tasmik bacaan istighfar dengan betul.